You don’t have to be big. You have to be remarkable

Tealive Strawberry Pudding Smoothie

 Tealive Strawberry Pudding Smoothie 


Assalamualaikum... 

Semalam rasanya lebih segar sikit daripada kelmarin. Bangun pagi, boleh kemas rumah, mop lantai, buat pisang goreng dan siapkan lunch. Mama datang waktu lunch dengan adik ipar yang bongsu. Adik ipar aku ada 2 orang je. Lurviey 3 beradik je dan yang pergi Ireland yang kedua dan yang bongsu ada kat rumah dengan mama. Awal Oktober ni pun dah kena lapor diri dah sebab dah dapat kerja dah kat Subang. Nasib baik boleh berulang alik je. Mama datang tadi bagi wrap yang mama buat dan bagi karipap frozen dan udang. 

Dah masuk tengahari aku mula rasa sakit kepala. Bukan pening tapi sakit kepala. Nasib baik dah siap masak semua. Aku masak ayam masak serai dan sup suhun dengan tahu je. Lepas jumpa mama tu ikut Lurviey pusing panaskan enjin kereta sebab dah 3 hari tak start kereta. Konon nak pusing dekat je tapi sampai ke Sri Gombak pula. Teringin pula nak benda manis. Pelik betul tekak aku ni. Singgah Tealive cuba Strawberry Pudding Smoothie ni. 3 hari dah aku tak minum coffee. Aku kalau badan tak ok tak berani nak minum coffee. 

Tealive Strawberry Pudding Smoothie 

Korang pernah cuba Strawberry Pudding Smoothie ni? Aku first time cuba dan rasanya masam masam manis dan pudding tu rasa macam jelly yang ala ala sumi tu. Rasanya ok je cuma aku minum tak habis pun. Separuh bekas sahaja. Lurviey memang tak minum dan tak kena dengan tekaknya. Jadi pembaziran la separuh tu. Gatal sangat nak cuba, lepas tu tak habis. Repurchase? Nope !



P/S: Slowly aku merangkak ke blog korang nanti sebab badan masih lagi lemah tak larat rasanya.



Tag : food
9 Comment for "Tealive Strawberry Pudding Smoothie "

pebret si uyum ni tapi slalu dapat masam sangat hahaha...

jarang2 sgt sy minum tealive ni..
jdnya yg ni pon sah2 xpernah cuba lg.. hihik..

Hope cepat recover naniey. Belum cuba lagi tealive strawberry pudding smoothie ni. Dah lama rasanya tak beli minuman tealive. Sok sok kalau keluar jumpa tealive bolehlah membeli. Tergoda tang warnanya tu.

Semoga cepat sembuh, Naniey. Take care!

pernh juga beli yg ni..sedap juga nk2 bila cuaca panas

Strawberry pudding antara menu tealive yang saya suka. Tetapi saya paling suka coffee juga hahha

walaupun suka tealive tp x penah order yg ni hehehe

Uncle pernah 'ngecek' anak uncle punya... boleh tahan manis!

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top