Assalamualaikum....
Mi Kari Ala Nyonya Stail Aku | Banyak kali aku buat mee kari tapi tak menepati citarasa anak tekak aku. Aki nak rasa seakan akan Mi Kari kat TCRS atau pun kat Dapur Amiey. Dua tempat ni memang fave aku. Tempat lain aku buat aku teringat ingat pun.
Aku confident masakan aku kali ni memang ngam dengan tekak aku. Jadi macam biasa, kena la simpan sini sebab nanti aku lupa. Dah dua kali buat dan rasanya ngam dengan tekak 😋 .
![]() |
| Gigih aku masak, then bawa semua ni rumah mama 😁 |
Bahan Bahannya
- Serbuk kari ikan babas
- Cili boh atau serbuk cili
- Bawang merah kecil 5 biji
- Halia
- Bawang putih 8 ulas
- Asam keping
- Kiub ayam
- Kiub bilis
- Daun limau
- Serai 1 titik
- Air rebusan kaki ayam
- Kerang
- Isi/Tulang Ayam
- Santan 2 kotak kalau buat periuk merah (reference aku)🤣
- Tauhu kering
- Fish ball & fish cake
Bahan Pelengkap Mi Kari 🙂
- Mi kuning
- Taugeh
- Tauhu putih - goreng
- Telur rebus
- Sawi celur
- Limau kasturi
- Isi ayam di carik carik
Cara caranya
- Rebus kaki ayam dan ke tepikan.
- Blend halia, bawang merah dan bawang putih.
- Tumis bahan blend, serai, serbuk kari ikan dan serbuk cili.
- Masukkan air rebusan dan kaki ayam tadi, ayam atau tulang ayam beserta daun limau purut dan asam keping
- Dah mendidih boleh masukkan kiub ayam dan kiub bilis secukup rasa serta santan.
- Kemudian masukkan fish ball, fish cake, kerang dan biarkan seketika.
- Last sekali masukkan tauhu kering. Siap !
Mi kari aku versi tak de sambal. Tak reti aku nak buat sambal sambal tu semua. Makan kat TCRS dengan kat Abang Amie pun aku tak campur sambal. Korang makan dengan sambal tambahan tu ke? Nak bagi rasa pedas ke?
Masa pregnant Aqeel, aku kerap makan mi kari. Tekak nak mi kari je..Aqeel dah keluar baru ada resipi ni. Olah olah sampai dapat rasa yang kena dengan tekak sendiri.
P/S : Teringin Mi Kari pula tapi plan nak buat Oden je hari ni .
Tag :
resepi


0 Comment for "Mi Kari Ala Nyonya Stail Aku"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)