Cara Buat Puding Buah Naga Versi Baby

Puding Buah Naga Versi Baby | Puding Dragon Fruit | Cara Buat Puding Untuk Baby

 Assalamualaikum 


Macam dah lama tak buat puding untuk Naura. Paling aku suka buat puding buah naga atau buah mangga. Cara nak buat tak susah pun. Sesuai sangat untuk dessert baby yang baru belajar makan. Biasanya kalau buat puding buah naga ni aku prefer buah naga warna merah daripada yang warna putih sebab buah naga merah ni lagi manis daripada yang warna putih. Macam mana nak kenal buah naga merah atau buah naga yang putih kalau tiada label masa beli? 

Ni tips daripada pekerja Giant, katanya buah naga merah bentuknya bulat dan yang putih bentuknya lonjong atau bujur.

Bahan bahan yang diperlukan

  • Agar agar tali (agak2 dlm 10 urat macam tu je)
  • Sedikit susu segar (agak agak je)
  • Air
  • Sedikit Madu (untuk baby yang berumur 1 tahun ke atas sahaja)
  • Puri buah naga
Cara caranya
  1. Masak agar agar dengan sedikit air hingga mendidih
  2. Kemudian masukkan susu segar, puri buah naga dan sedikit madu (agak2) ~ susu segar utk bgi rase lemak
  3. Dah siap!
  4. Boleh masukkan dalam bekas dan sejukkan dalam fridge.
  5. Topping - boleh potong kecik  buah dragon fruit dan letak masa nak makan.

Mudahkan, sedap dan berkhasiat. Sebut pasal buah naga ni kan, ianya sangat bagus untuk merawat baby yang sembelit. Naura kalau sembelit, aku bagi buah naga ni je. Cubalah !

 

0 Komentar untuk "Cara Buat Puding Buah Naga Versi Baby "
Back To Top