Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Suka Duka 2025

Assalamualaikum.... 

Suka Duka 2025 | Tahun ni betul betul mencabar untuk aku dan kami (Lurviey) juga. Berat bahu memikul gitu tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lagi berat ujiannya. Jadi bersyukurlah. Terima kasih ya Rabb atas "rasa" ini. 

Januari 

Hadir kenduri sebelum pergi appointment detail scan.

Agak lewat buat detail scan but Alhamdulillah sempat buat tapi sono bagitau nampak macam ada cyst kat paru paru baby. Then sono bagi surat referral. Surat referral tu pula kena bayar bukan preee include dalam pakej. Lol... Tigu puluh hinggit untuk sekeping surat rujukan hospital. Balik rumah dalam keadaan denial tapi tu la sampai bila nak denial. Dua tiga hari kemudian terus ke HTA untuk dapatkan tarikh appointment under MFM.  [ BACA : HASIL DETAIL SCAN DETECT BABY ADA CPAM ]

Februari 

Follow up dengan MFM under Dr Siti Sarah. Confirmed CPAM. Tak de apa yang boleh buat melainkan doa dan harapan dengan Allah Taala je la. 

March 

Tahun ni #teamrayakl #teamrayaselangor sebab pregnant dan dekat due date. Dah 2 kali sepatutnya balik kampung tapi tak dapat sebab dekat dua date 😁. Baru perasan juga tahun ni tak de gambar raya. Sekeping ni pun dalam fon Lurviey. Busy ye semua orang sampai sekeping pun tak de. Hehe.. 

April 

Rumah baru papa

Al Fatihah untuk papa. Papa pergi hari yang sama Aqeel lahir. Last jumpa papa raya haji tahun lepas. But thanks to technology dapat buat video call setiap hari. Sehari sebelum papa meninggal sempat aku VC dan cakap dengan papa. - [ BACA : AL FATIHAH PAPA ] Yang tinggal kini hanya rindu dan kenangan.. Rindu paa.. 

May

Bulan Aqeel buat CT Scan dan juga proceed operation buang cyst kat paru paru. Bulan ni juga birthday Naura dan Aryan tapi sedihnya tahun ni mommy tak celebrate birthday dua intan payung mommy ni sebab mommy kena room in Aqeel nak operation. [ BACA : OPERATION BUANG CYST PART 1 ] [ OPERATION BUANG CYST PART 2

June 

Reunited - 5/5

Sambut raya haji dengan Aqeel kat wad. Mommy ingat Aqeel dah dapat discharge tapi belum. Pertama kali mommy solat Dhuha mintak dengan Allah semoga Aqeel dapat discharge minggu tu tapi Allah terus jawab doa mommy hari yang sama mommy solat. Alhamdulillah . 

July 

Follow up pertama Aqeel dengan Surgical. Alhamdulillah parut operation ok. Doktor inform TCA tiga bulan lagi sekali dengan SCN. 

August

Ikut tema Hari Kebangsaan. Zaman mommy dulu pakai baju sukan sekolah je. 

Makan makan sambutan hari jadi Qaseh anak buah sebelah Lurviey. Paling best bila dapat berkumpul ramai ramai sebab family aku tak pernah berkumpul macam ni ramai ramai. Bulan ni juga ikut Cik Mie dan Cik Tie ke kebun durian. Puas hati aku melantak durian. 

September

UPT Positive ! Jadi kena buka buku pink. What?! Trauma labor room pun aku tak hilang lagi , then nak hadap lagi sekali ? Tak sanggup dah. Tapi Allah Maha Besar, Maha Mengetahui. 

October

Bulan yang agak sibuk sebab nak kena settlekan borang DDA untuk pembahagian harta pusaka kecil. Leceh betul pasal pembahagian harta pusaka ni. Jujur memeningkan. 

TCA Aqeel dengan SCN dan Surgical. Jumpa lagi umur setahun. - Doktor bagitau [ BACA : ANGGAP AQEEL BABY SUPER FRAGILE ]

Doktor sahkan missed miscarriage. Terus kena refer ke EPAU. - [ BACA : GUGUR TANPA SEDAR ]

November 

Tak de sakit apa tapi dah mula turun darah. Order grab terus ke EPAU HTA sebab Lurviey kena jaga Aqeel. Sampai sana baru turun darah non stop. Seram la ingat balik. Lagi seram bila -[ BACA : KENA KOREK HIDUP UNTUK KELUARKAN KANTUNG ! ] Lebih sakit dari beranak. 

Dua minggu selepas gugur Acara Sukaneka sekolah [ BACA : SUKANEKA PASTI KAWASAN BATU 2025 ]

Short Gateway ke Sungai Long Kajang. Alhamdulillah walaupun sekejap tapi terasa release jap. Terima kasih buat mama, adik adik iparku dan biras biras ku yang sudi melayan karenah Naura dan Aryan [ BACA : MAIN BUIH DI MONKEY CANOPY ]

December

My fave of the month but not so good for 2025, mengenangkan banyak benda yang unexpected dan nak kena settle but hopefully new year, new hope and new life. InshaAllah.. Aamiin ya Rabb. 


P/S Berbaki  dua hari lagi. Barang sekolah Naura masih zero percent 🫣😂

0 Comment for "Suka Duka 2025"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top