Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Aqeel Pula Selsema

 Assalamualaikum.... 

Aqeel Pula Selsema | Pagi semalam semua baik baik sahaja hinggalah malam selepas Maghrib nampak Aqeel macam batuk sikit dan mula bersin. Sebelum tu aku ada bagi dia makan dragon fruit dan petang pula aku try bagi buah makan kucing, letak dalam food feeder baby untuk dia hisap.  Adakah Aqeel selsema disebabkan buah buahan (buah sejuk) atau terjangkit daripada aku kelmarin. 

Alhamdulillah ekzema kat pipi Aqeel makin better

Baby kalau selsema ni, nak tidur pun susah nak cari posisi yang dia selesa. Mommy memang tidur siap pakai face mask la punya berjaga jaga takut terjangkit dengan Aqeel. Now aku dalam mode : SUPERMAK . Penat gila rasa badan hari ni tapi Alhamdulillah sebab Aqeel aktif, makan banyak, hanya meragam sikit bila nak tidur. Aku pun mampu masak untuk berbuka puasa hari #patmyself . 

Semalam cari pisang kat pasar malam dengan niat nak buat kek coklat pisang tapi tu la Aqeel selsema dan aku pun dan penat jadi tengok la esok macam mana. Pisang dah masak ranum sangat dah. Rugi pula kalau dah buruk busuk macam tu je. 

Dah besar anak mommy yang selalu buat mommy jadi "hulk" ni.

Malam ni malam pertama Naura masuk kelas mengaji kat surau. Leganya rasa dapat rehat jap now. Kalau tak memang duk bergaduh je dengan Aryan. Bila dorang bergaduh, Aqeel yang tengah tidur pun boleh terjaga 🙄.  Sementara Naura ada kat kelas mengaji aki nak rehat jap sebab jap lagi Aqeel confirm bangun lagi sebelum tidur malam. 


P/S : Semoga selsema Aqeel hilang dan tak de batuk batuk. Aamiin... 


Tag : nanieydom
0 Comment for "Aqeel Pula Selsema"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top