You don’t have to be big. You have to be remarkable

Mee Goreng Mamak Food Truck Greenwood

 Mee Goreng Mamak Food Truck Greenwood 


Assalamualaikum.. 

Tadi Lurviey keluar beli barang basah sikit sambil isi minyak. Alang alang dah sampai kat Greenwood tu, aku minta belikan mee celup. Teringin pula nak makan kue teaw celup. Dah sampai kat gerai Khairin Thai Food kakak yang buatkan celup celup ni tak de pula. Balik solat Zohor jap. Ada suami dia yang tolong jagakan gerai. Lama pula nak tunggu kakak tu datang balik. Jadi aku minta Lurviey belikan mee goreng mamak je la. Kebetulan Lurviey nak beli Popia Basah Zaiton kat situ. 

Sebelum ni memang pernah beli mee goreng mamak kat food truck sini. Bila perah limau lagi sedap. Sebiji ni tak cukup. Biasanya aku akan perah 2-3 biji limau kasturi. Memang sedap sangat ! Rasanya sedap sama level dengan aku makan kat 3rd RC UM zaman study dulu. Mee goreng mamak ni ada kentang, tauhu dan kuih malas. Tak pedas sangat tapi ada sekali Lurviey beli pedas sangat mee goreng mamak tu. Mungkin cilinya memang pedas kot time tu. Lurviey kata pakcik ni duk kat Damansara. Jauh juga tu Damansara ke Greenwood.

Alhamdulillah, kenyang makan mula rasa mengantuk. Hari ni lemau betul rasanya. Korang ke mana weekend ni?  
 

P/S: Hari ni masak tomyam untuk hirup hirup tengok cerekarama malam ni. 


11 Comment for "Mee Goreng Mamak Food Truck Greenwood "

Hari ni akak amik peluang berehat..lepak je..lepas masak lepak lagi...hahahaha

uncle memang pemunat mi goreng mamak... lagi kering lagi suka!

Terliur saya tengok mee goreng mamak malam-malam ! Rasa lapar pulak.

Wah..subahanallah..syukur nikmat rezeki yang Allah beri

Mee goreng mama sedap bila diperah limau, makanan ringkas yang mengeyangkan. Baca mee celup tu teringat boat noodle, teringin la pulak hehe..

Tak dapat rezeki mi celup dapat mi goreng sedap begini pun syukur dah. Mi goreng mamak macam ni memang letop rasa dia.

Weekend tak kemana. duduk rumah je :)

Sedap dan menarik mee mamak.. lama tak makan sebab tak jumpa yg betul2 sedap sejak pkp ni.hehe

nampak sedap mee goreng mamak , lagi sedap bila dah perah limau nipis

Akhirnya dekat posting ini baru kita yakin 100% kak naniey ni alumni UM. Hai Alumni UM. kita warga 10th residential yang selalu orangg ibaratkan residential bunian sbb tak involve sangat dgn aktiviti uni yang melibatkan lawan antara kolej HAHA

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top