You don’t have to be big. You have to be remarkable

Ayam Panggang Air Fryer Mudah Tanpa Minyak

 Assalamualaikum... 

Ayam Panggang Air Fryer Mudah Tanpa Minyak | Lauk minggu lepas ! Hari ni hajatnya nak beli Ayamas je untuk lunch. Lurviey kena pantang makan panggang dan kukus je. Gastrik dia teruk sangat hingga sakit dada almost seminggu. Semalam Lurviey pergi check up ECG sebab tak puas hati sakit dada menekan. Puas hati la 'kena sekolah' dengan doktor tentang pemakanan dan aktiviti harian. Habis RM140 buat ujian darah dan check ECG termasuk ubat.

 

Ayam Panggang Air Fryer ni masakan yang paling mudah dan cepat untuk aku sediakan. Yang penting sedap.

Bahan Bahan

  • Ayam potong
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 2-3 sudu besar kicap cair 
  • 1 sudu besar Minyak bijan
  • Bawang putih ditumbuk - lagi banyak lagi sedap
  • Sedikit serbuk lada hitam 

Cara caranya 

  1. Gaul semua bahan di atas dan perap selama 1 jam
  2. Dah siap perap boleh masak gunakan air fryer selama 20 minit bergantung kepada suhu air fryer masing masih.  Air Fryer Cornell yang aku guna ni  tak boleh adjust suhu dan suhu yang dah ditetapkan adalah 200℃.
  3. Dah siap ! 

Bila dah siap boleh la makan dengan sos cili Ayamas. Senang kan? Kalau Lurviey kena pantang, aku pun kena pantang juga la ni ye? Boleh kurus ni kalau pantang betul betul. Lol 😁


P/S: Video ada tapi belum edit lagi. Malas betul nak edit upload kat Youtube. Tak sangka dah 10k Subs kat Youtube.


Tag : resepi
11 Comment for "Ayam Panggang Air Fryer Mudah Tanpa Minyak"

Alamakk ramai dah promot air fryer pangang ayam ni.. Nak. Kena beli jgk ke ni? Haha

Mudah dan sedap ayam panggan air fryer ni. Lepas 'kena sekolah' memang kena pantang betul bab makan ni. Bagus juga makan makanan panggang dan kukus je. Sihat pun sihat.

Wah! Sama-sama pantang makan ye.
Seang sajakan panggangayam air fryer. Biarkan sampai bunyi TING!
Boleh buat kerja lain.

belum ada lagi air fryer kat rumah ni...

Makin ramai dah orang guna air fryer ni kan?

lepas kena ssekolah kena pantang terus . itulah once kalau gastrik kena attack teruk memangg doktor bebel pantang larang.
Saya pun lately ni dah cuba amalkan makanan kukus berbanding bergoreng

senang guna airfryer..
kejap je masak..

mudah panggang ayam dlm air fryer..yummyyy

Tahniah YT subscribe dah 10k. Sedap nampak ayam panggang tu sama-sama pantang senang. Resepi pun mudah, bole cuba.

Nampakkkkk sedapp! Dah alang alang ada air fryer dekat rumah ni, boleh la try sekali menjadi ke idok hehehe.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top