Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Buat Sendiri Sambal Hitam Belimbing Buluh Sedap Dan Mudah

 Assalamualaikum.... 

Buat Sendiri Sambal Hitam Belimbing Buluh | Yay, it's FriYAY. Esok Sabtu, sukan sekolah Naura. Kelmarin mama singgah bagi belimbing buluh kat aku. Banyak pula tu. Dalam kepala otak aku nak masak Gulai Masak Ikan Patin. Sedihnya, ikan patin habis. Jadi aku masak tanpa ikan sikit sekadar melepaskan rasa 'craving' tu. Balance banyak lagi. Tetiba aku teringat mama bagitau kalau cousin dapat belimbing buluh ni memang confirm masak sambal hitam. 

Pagi tadi aku tengok la cara nak masak belimbing buluh ni. Tak susah pun, tapi disebabkan susah nak dapat belimbing buluh kat tempat aku ni jadi terpaksa beli. Dah lama aku tak membeli sambal hitam. Sebelum Lurviey pergi solat Jumaat, minta Lurviey belikan cili padi sebab memang tak de cili nak buat sambal hitam ni. Selalu aku beli Sambal Sengat Sambal Hitam Pahang.

CARA BUAT SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH SEDAP DAN MUDAH 

Tak nampak hitam pula dalam gambar. 

Bahan bahan

  • Belimbing buluh blend ketepikan (agak agak je) - Bawang merah besar 2 biji *
  • Cili api hijau dan merah 16 biji*
  • Ikan bilis segenggam* 
  • Gula nise 
  • Garam
  • Kicap manis
  • Minyak untuk menumis

Cara caranya

  1. Blend belimbing buluh dan tapis
  2. Blend bawang merah, ikan bilis dan cili api.
  3. Tumis bahan bertanda * sampai pecah minyak, kemudian masukkan belimbing yang sudah dikisar. Kacau rata. 
  4. Biarkan sehingga terbit minyak, masukkan garam, gula nise dan sedikit kicap manis (untuk nampakkan kehitaman sambal hitam) 
  5. Biarkan sedikit kering dan siap !!

Alhamdulillah rasa ikut piawaian tekak aku. Eh berjoget joget Pahang sebab rasa ngam kat tekak aku. Sumpah happy sangat ni hari ni. Lepas ni tak yah beli dah. Masak sendiri je. Boleh adjust nak pedas macam mana. 

Hari ni aku baru tahu orang letak kicap dalam sambal hitam, sebab sebelum ni tak pernah ambil tahu pun resepi sambal hitam ni. Yang aku tahu add to cart, checkout dan tunggu barang sampai. Hehe. Tapi kalau yang original tak guna kicap kan? Memang masak belimbing tu dulu sampai keluar air tu dan belimbing tu jadi hitam. Explain sikit sapa orang Pahang.


P/S: Lama tak makan aserom dan buah perah. Teringinnya... Macam macam la ye


Tag : resepi
0 Comment for "Buat Sendiri Sambal Hitam Belimbing Buluh Sedap Dan Mudah"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top