Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Missed Miscarriage Kantung Kosong

 Assalamualaikum... 

Missed Miscarriage Kantung Kosong | Bulan 7 last period then macam pelik kenapa tak period. Risau juga sebab kali ni tak sempat nak ambil perancang lagi. Then bulan 8 rasa penat sangat badan dan lesu. Bila masuk dapur, rasa vibes macam masa mengandung. Hati dah rasa tak sedap dan memang tak mengharap pun untuk pregnant. 

Beli UPT, terang benderang double line. Fuh mengandung lagi... Belum hilang lagi trauma masuk labour room hari tu, nak kena hadap lagi ke? Ya Allah berilah rezeki anak untuk orang yang sedang TTC bertahun tahun ya Allah, mudahkanlah mereka..Aamiin 

Call KK untuk booking buku pink.. Then dapat tarikh untuk booking buku pink. Menapak la aku dengan macam macam perasaan yang aku sendiri tak pasti. Seperti pregnancy sebelum ni aku memang tak pernah scan kat luar bila UPT positive. Jadi pregnancy ke empat ni pun sama aku tak scan. Tunggu je scan kat KK. Sampai turn untuk scan kat bilik doktor then hasil scan, kandungan baru 4 minggu. Susah nak pastikan sebab aku not sure bila tarikh last period. Doktor juga bagitau kantung masih kosong. Doktor akan repeat scan next check up (sebulan lagi). Lagipun doktor bagitau masih awal. 

Sebelum tu aku ada spotting tapi biasa je then dua minggu lepas ada bleeding dan juga blood clot tapi disebabkan aku tak de rasa sakit perut dan kebetulan Aqeel tengah sakit gusi dan meragam, aku tak ke hospital.  

Masa check up KK doktor scan kantung memang kosong dan tiada progress sebab hasil scan baru 5 minggu. Doktor expect missed miscarriage. Terus doktor buat surat refer ke EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit) HTA. 

Aku pergi ke EPAU then dorang check urine then TVS scan. UPT masih positive dan hasil TVS scan (scan bawah) kantung masih ada kat dalam dan dapatan sama macam kat KK - kosong dan 5 minggu. Doktor bagi masa 2 minggu untuk kantung turun sendiri dan andai kata tak turun kena cuci (DNC). Risau pula aku bila kena DNC ni. Harapnya kantung jatuh sendiri la nanti. Setakat ni tak de tanda tanda pun lagi... Doakan ye..

 

P/S : Macam macam happen 2025 ni  

 

0 Comment for "Missed Miscarriage Kantung Kosong"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top