Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Pengalaman Gugur Kena Korek Hidup Tanpa Bius

 Assalamualaikum.... 

Pengalaman Gugur Kena Korek Hidup Tanpa Bius | Semalam tak de entri kan? Sebab aku rehat. Hari aku publish entri Missed Miscarriage, kebetulan tengahari tu turun darah then keluar darah beku then aku decide ke EPAU HTA sebab doktor dah pesan kalau turun darah terus datang hospital. 

Aku get ready satu seluar dan baju serta pad in case kena warded. Sampai kat EPAU darah makin banyak dan aku dapat rasakan darah keluar sampai basah seluar aku. Dah la seluar standby satu je. Kat EPAU memang tengah ramai orang tunggu turn. Sambil menanti tu then nurse minta ambil urine tapi aku memang tak dapat nak bagi urine lagi sebab darah yang keluar sangat banyak beserta darah beku. Aku mengharapkan kantung jatuh tapi tak de tanda pun kantung jatuh. Yang ada ketulan darah beku yang banyak.   

Pukul 4.55 nurse panggil untuk check BP then aku tanya nurse boleh tak aku nak naik atas nak beli pad sebab pad yang aku bawak dah nak habis. Aku register pukul 4 petang dan dalam tempoh tunggu nurse panggil tu dah 4 kali pad aku tukar. Nurse cakap boleh naik sebab lambat lagi doktor panggil. Risau juga aku nak jalan naik atas sebab memang aku datang sorang je. Lurviey memang aku tak bagi datang sebab dia kena jaga Aqeel. Aqeel tak boleh tinggal kat mama pun. Dah dapat beli pad aku tukar lagi pad sebab darah makin banyak. Seluar kedua aku pun dah kena darah. 

Aku call adik aku minta dia ambil seluar aku kat rumah aku. Aku call Lurviey untuk siapkan seluar dan baju. Dalam 7.30 adik aku sampai. Alhamdulillah darah dah tak banyak macam sebelum tu. Adik aku siap beli makanan dan air. Then aku minta dia belikan pad lagi standby. Lepas tu aku suruh adik aku balik sebab sian bini dan dan anak dia ikut sekali datang. Dah penat balik kerja datang kat aku pula. Dia cakap nak tunggu aku juga in case boleh balik kan. 

Pukul 10 malam baru doktor panggil aku then terus scan perut dan TVS. Kantung belum jatuh lagi doktor bagitau. Then doktor bagi option, nak balik dulu tunggu kantung jatuh atau warded then nanti dorang masuk ubat dan masuk OT. Sambil baring aku cakap nak balik sebab ada baby kat rumah. Lepas tu doktor cakap jap saya nak check lagi sekali. Terus doktor minta dengan nurse forcep dan apa ntah lagi alatnya. Azab weh dia korek hidup hidup terus. Aku pun terus baca doa Nabi Yunus. Tak tahan woiii .

Doktor bagitau dah keluarkan kantung nanti nak cucuk ubat kecut rahim dan scan semula selepas 2 jam. Andai kata masih ada lagi memang kena warded dan masuk OT cuci. 

Keluar bilik aku whatsapp mama mama ku dan adik aku dan call Lurviey untuk inform pasal ni. Lepas tu nurse panggil nak cucuk ubat kecut rahim. Tak ku sangka sakit rupanya ubat kecut rahim ni. Macam cucuk DEXA. Lepas tu relax atas kerusi tetiba rasa macam nak pitam. Aku bagitau nurse then nurse suruh baring atas strecther dan aku minta plastik juga sebab rasa nak muntah. Azab sangat rasanya. Darah beku pun keluar lagi. Aku baring rehat dan cuba tidur. 

Jam 12 doktor panggil untuk scan perut dan TVS. Alhamdulillah dah clear semuanya. Rahim pun dah menipis. Then tunggu dokumen boleh balik rumah. Syukur sangat boleh balik rumah. Aku call adik aku pick up aku sebab adik dah bagitau nanti call dia je. Kantung tu doktor ambil untuk ujikaji katanya. Nanti dorang call untuk result dalam masa 2 bulan. 

Dah settle naik untuk kat atas untuk bayar bil. Total RM5 je. Adik aku dah tunggu kat lobi then terus gerak balik rumah. Syukur dapat balik tengok anak anak yang dah lena tidur.  

Hari ni kiranya hari kedua berpantang tapi tak rasa macam pantang pun sebab ye la bukan sakit macam pantang bersalin pun tapi mama aku cakap pantang gugur ni lagi kena jaga lebih dari pantang bersalin. 

 

P/S: Esok ada hari laporan prestasi Naura, next week nak settlekan pertukaran sekolah Naura, Sabtu depan sukan sekolah dia pula. Alhamdulillah semoga Allah permudahkan segala urusan ku. Aamiin... 


0 Comment for "Pengalaman Gugur Kena Korek Hidup Tanpa Bius"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top