Assalamualaikum...
Boy Nasi Ayam Hainan Medan Idaman | Last week nenek ajak Naura dan Aryan keluar teman nenek cari barang. Kemudian tapau nasi ayam untuk kami. Bila makan nasi ayam tu, sedap sangat sebab kat area kawasan rumah aku ni nasi ayam biasa biasa je. Memula tu ingatkan Nasi Ayam Mesh Keramat rupanya tidak. Jadi, hari Ahad, ajak Lurviey pergi Medan Idaman cari nasi ayam ni.
Masa dah sampai area Medan Idaman tu, Naura tunjuk ni la tempat nenek beli nasi ayam sedap tu. Kawasan Medan Idaman ni parkir banyak tapi susah nak dapat. Kebetulan masa ni ada kosong kat depan kedai Pizza Kayu Api Tok Yuri. Aku keluar beli nasi ayam dan Lurviey tunggu dalam kereta.
Masa aku nak beli nasi ayam ni memang ramai orang dalam kedai tengah makan, dan ramai juga tengah beratur nak beli. Nak makan sini tak selesa sangat sebab Aqeel kecil lagi. Jadi kami tapau je. Beli 4 bungkus nasi ayam dan satu nasi tambah. Total RM30. Sebungkus nasi ayam RM7.
![]() |
| Of course bahagian thigh jadi pilihan aku |
Kalau tengah lapar memang tak cukup sebungkus. Sedap.. Ayam sedap, nasi pun sedap tak lembik dan masak elok, ada timun dan lettuce, kicap dan sambal. Sambal nasi ayam dia sedap, tapi bagi Lurviey pedas katanya. Sup dia pun sedap. Naura dan Aryan makan menambah nambah. Dorang ni 'select' juga bab makanan. Kalau menu nasi ayam nak TCRS je, beli kat area rumah ni memang tak habis. Jawabnya Daddy la yang kena habiskan. Sekarang dah jumpa pilihan kedua untuk nasi ayam.
Kalau ada tomato cukup la sifat nasi ayam. Jarang jumpa nasi ayam yang ada tomato sekarang ni. Nak complete set kena masak sendiri.




0 Comment for "Boy Nasi Ayam Hainan Medan Idaman"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)