Assalamualaikum...
Tersalah Tengok Tarikh | Confident tinggi betul aku hari ni ye. Bangun sebelum Subuh dan siapkan apa yang nak di bawa hari sukan sekolah Naura. Lepas tu kejutkan anak anak dan bersiap siap nak gerak. Kali ni aku siapkan barang dalam beg pakaian. Senang sebab semua sumbat dalam tu. Bagpack dah tak sesuai sebab memang tak muat nak letak barang 3 orang anak. Jadi guna beg pakaian macam ni je terus mudah sumbat semua dalam ni.
Dah nak gerak then aku baru tengok fon dan macam pelik kenapa group sekolah anak aku macam diam je. Kenapa tak macam tahun lepas ibu bapa kalut nak siapkan anak anak yang masuk perbarisan, cikgu remind untuk cari khemah warna apa semua. Tak sedap hati pula aku rasa dan aku scroll whatsapp group dan sah AKU SALAH TARIKH !! Sukan sekolah bukan 15hb tapi 22hb. Malunya tu macam nak sorokkan muka dalam tanah. Haish...
SEMUA KENA SCAM DENGAN MOMMY DI PAGI SABTU !!
Alang alang dah siap dan nak cover malu, aku ajak je la Lurviey keluar pusing pusing cari breakfast. Jadi Lurviey drive masuk DUKE dan terus ke MRR 2 menghala ke UIA nak tunjuk kat Naura sekolah dia tahun depan.Then masuk taman kami balik cari breakfast kat situ. Dah beli breakfast, balik rumah tengok TV. Hehe..
Alang alang dah buat entri ni, aku sharing sikit apa ada dalam beg pakaian ni. Isi dalam beg pakaian ni mengikut tempat mana aku pergi. Jadi ini isi kandungan sempena nak pergi hari sukan sekolah Naura.
- Apollo Pandan
- 3 Tumblr (Naura, Aryan & Aqeel)
- Roti coklat 4 bungkus
- Air 100 plus botol besar
- Cawan foldable
- Topi
- Pampers
- Buckwheat pillow (Aqeel)
- Rice Puffs (Aqeel)
- Beg susu (Aqeel) - botol susu, wet tissue, pampers extra
- Air kotak yang dibekukan 4 kotak
- Coffee mommy - wajib
Nampak macam kecil je beg tu, tapi penuh ye tak boleh nak zip. Beria aku bersiap pagi ni rupanya minggu depan. Tu la Lurviey dah bagitau semalam tapi aku tak nak dengar dan buat tak kisah je sebab masih yakin tarikh hari ni dan aku anggap pengurus kali ni macam tak kisah sangat berbanding dengan pengurus tahun lepas yang memang aktif. Nasib baik tak kena bebel dengan Lurviey. Hehe..
P/S: Macam mimpi anak anak tidur siang hari. Hehe. Maklum la dorang bangun awal pagi hari cuti hari ni.


0 Comment for "Tersalah Tengok Tarikh"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)