Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Hilangkan Masalah Baby Sembelit

 Assalamualaikum... 

Hilangkan Masalah Baby Sembelit | Sembelit. Nampak simple tapi yang menanggung je tahu azabnya macam mana. Semalam pergi beli buah balik dari Pasti Naura then bagi Aqeel makan pun tak berkesan juga. 

Hari ni 7 pagi Aqeel mula menangis meneran tapi tetap tak keluar juga. Aku dah risau. Check klinik kanak kanak yang aku selalu pergi tu pukul 2 baru buka. Then google tengok Klinik Kesihatan (KK) mana yang buka. Alhamdulillah KK Taman Ehsan Kepong buka. Terus call mama minta izin nak tinggalkan Naura dan Aryan sebab nak bawa Aqeel ke klinik. Mama baru balik surau, then mama bagitau tunggu kat rumah, mama datang pick up Naura dan Aryan. 

Perjalanan ke KK Taman Ehsan lebih kurang 16 minit. Ok la kan sebab hari ni hari Ahad. Kalau esok mau 45 minit. Sampai KK terus register dan buat pembayaran RM1. Then tunggu turn je. KK Taman Ehsan selesa dan staff buat kerja cepat. Urusan kaunter pun selesai dengan cepat. Suasana pun kondusif. Aircond sejuk, tempat duduk pun selesa. 

Sampai turn Aqeel, doktor bagitau untuk baby memang tak de ubat dan doktor pun tak kan bagi ubat enema. JADI BABY MEMANG TIDAK SESUAI GUNA UBAT ENEMA UNTUK RAWAT SEMBELIT. Aku tengok ada parent yang bagi kat baby dorang. Risau pulak aku tengok. Aku yang remaia bangka ni sembelit pun takut nak guna enema 😵‍💫. 

Doktor bagi gel lignocaine ni je untuk stimulate baby berak. Doktor ajar sekali cara untk stimulate. Then doktor bagitau boleh bagi jus juga untuk baby tapi kuantiti yang sedikit. Then aku tanya prune juice boleh? Doktor cakap boleh.  Prunes, berries boleh bagi baby. Prune ni bertindak sebagai laxatif semulajadi. 

Balik dari KK aku google mana nak beli Sunsweet Prine Juice. Ramai yang recommend kalau anak anak sembelit boleh cuba prune juice ni. Call Health Lane Pharmacy bagitau RM29.90 harga member. Sebelum sampai Health Lane, ada Speedmart99. Lurviey suruh aku masuk tengok sebab kami rasa macam ternampak nampak je. Alhamdulillah, ada. Jimat duit den... RM23.50 yo. 

Balik bagi Aqeel minum satu sudu kecil (sudu baby)  prune juice tu dan bagi juga yang dilutes dalam air dia. Dan masa dia berak tu memang aku sapu sikit gel doktor bagi tu. Alhamdulillah keluar la 3 ketul bulat yang susah sangat nak keluar dan sangat keras. 3 ketul tu untuk 3 sesi pembuangan. Hopefully later makin better dan lawas pembuangannya. Aku memang tak bagi Aqeel makan lagi. Bagi makan buah dragon fruit pun dia reject. Nak kena cari mangga nanti.


P/S: Mommy kena extra alert bila buat makanan Aqeel nanti


Tag : nanieydom
0 Comment for "Hilangkan Masalah Baby Sembelit"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top