Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Prosedur CT Scan Thorax Baby

 Assalamualaikum... 

Prosedur CT Scan Thorax Baby | Dua minggu berlalu dan tiada tanda tanda Aqeel akan off oksigen. Doktor update dah cuba off oksigen tapi Aqeel tetap nafas laju. Doktor cadangkan untuk buat CT Scan untuk tengok keadaan paru paru Aqeel dengan lebih jelas. 

Drip air sebab kena puasa sebelum prosedur CT SCan

Sehari sebelum Aqeel CT Scan doktor call inform baby akan buat CT Scan next day dan baby akan berpuasa dan aku kena datang awal ke wad untuk tanda tangan borang persetujuan. Hari yang dinanti tiba betapa sedihnya hati bila tengok Aqeel yang baru umur 28 hari kena buat CT Scan. Doktor ada bagitau risiko CT Scan tapi apa pilihan yang aku ada? 

Menunggu turn masuk bilik prosedur

Masa aku datang pagi tu Aqeel tengah kehausan tapi apa boleh buat kena puasa hingga selesai prosedur. Jumpa doktor dan doktor terangkan lagi sekali tentang risiko CT Scan ni dan again apa pilihan aku ada. Semoga ini yang terbaik untuk Aqeel. 

Doktor dan nurse pujuk Aqeel tengah menangis

Masa nak buat prosedur tu Aqeel kena minum ubat tidur nak bagi dia tidur dan tak boleh gerak semasa prosedur lepas tu baru masukkan kontras (pewarna) untuk tengok dengan lebih jelas keadaan paru paru Aqeel. Sebelum proceed CT Scan ni aku dengan Lurviey dah jumpa doktor bahagian pembedahan kanak kanak. Doktor tu bagitau kalau tengok hasil X-Ray cyst tu sebesar bola meatball IKEA. Korang dapat bayangkan tak paru paru baby kecil mana je then ada plak cyst besar meatball tu. No wonder la tak dapat nak off oksigen. 

'lalok' ubat tidur

Masa prosedur berjalan doktor bagitau Aqeel tidur sekejap je. Mungkin haus sangat kot. Naik kat wad nurse cepat cepat bagi die susu lepas tu terus tidur. Sepanjang hari aku lepak kat wad hari tu memang Aqeel tidur je. Time tukar pampers dan susu pun mengantuk. Susu pun memang bagi guna ryles tubes je. Doktor pun bagitau kalau nak bagi ikut mulut 5ml je. 5ml tu macam tak puas minum kan? Tapi tu la ikut je la apa yang doktor bagitau. Next tunggu result CT Scan pula. 

 

P/S: Seburuk apapun hari itu, ianya tetap akan berlalu. Chill !! 

0 Comment for "Prosedur CT Scan Thorax Baby "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top