Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Emping Melinjo Super Cap Layar Kertas

 Assalamualaikum... 

Emping Melinjo Super Cap Layar Kertas  | Empeng Melinjo atau rata rata di antara kita sebut kerepek melinjo, belinjau, melinjau ni aku order kat TT, dapatlah harga RM2 sekilo sebab dapat diskaun RM30 TT bagi sebab akaun baru. Asalnya harga RM32. 

1 kotak = 1kg 

Emping Melinjo Super ni produk Indonesia. Rasanya lemak lemak pahit. Tu yang lagi bikin ketagih tu. Kalau beli yang dah siap goreng tu sikit je. Beli yang kering dan goreng sendir lagi puas makan. 
 

Kerepek melinjo ni di buat daripada biji buah melinjo. Aku pernah tengok dokumentari tentang pembuatan kerepek ni sepintas lalu je. Tak mudah juga buatnya. Patutlah mahal. 

 

Nak makan kerepek melinjo ni kena rajin la sikit sebab kena goreng sendiri. Kita yang goreng, orang lain yang habiskan. Hehe.. Yang pasti, puas hati ! 

 

P/S: Selesai sudah Sukaneka sekolah Naura hari ni Penatnya... 

 

0 Comment for "Emping Melinjo Super Cap Layar Kertas "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top