Assalamualaikum...
Mencuba Bingsu Di Hanbing Korean Dessert Cafe | Aku jarang sangat mencuba makanan baru ni jadi memang aku tak pernah ambil kisah pun kalau ada restoran atau makanan yang viral. Kalau sebut korean food pun, memang bukak tekak aku. Tak reti makan. First time makan pun adik ipar belanja empat tahun lepas, makanan K Fry Urban Korea. Kalau harap aku sendiri memang tak kan jejak pun sebab tak reti nak order dan tak tahu nak makan apa. Takat ramen tu tahu la.
![]() |
| Bagi perhatian nenek tengah bercakap |
Hari tu lepas keluar breakfast kat NZ Curry House, mama dan adik ipar ajak pergi KL East Mall. Aku kalau ke KL East aku pergi Jaya Grocer cari kopi dan bunga hidup lepas tu pergi Book Xcess (sedihnya dah tutup). Dah sampai, mama dan adik call ajak lepak kat Hanbing Korean Dessert Cafe pekena bingsu. Tempat parking kami berasingan jadi memang tak masuk dalam sekali. Mama parking atas, kami parking kat bawah.
![]() |
| Worth it? RM24 |
Pertama kali mencuba bingsu dan memang tak kena dengan tekak aku sebab terlalu manis bagi aku. Aku panggil ni ABC orang korea. Manisnya tak boleh terima kat tekak aku, tapi terpaksa la habiskan sebab harga bukan murah. For me not worth untuk aku makan dessert dengan harga sebegini. Anak anak punya Oreo Snow Ice. Jenuh juga dorang nak habiskan berdua semangkuk tu. Tapi habis juga.
![]() |
| Kredit Google |
Mama order Strawberry Cheese Snow Ice . Harga RM28. Manisnya ya ampun tak tahu nak describe macam mana tapi mama tahu aku memang tak suka manis ni but again kena habiskan juga sebab membazir weh kalau tak habiskan. Nasib baik ada ketulan cheese dalam tu boleh la kurangkan rasa manis tu dan juga buah strawberry tu masam gila bagi aku tapi mama cakap tak masam pun.
Servis kat Hanbing Korean Dessert Cafe KL East Mall ni memang laju sebab masa ni hanya kami sahaja di sini. Akan repeat tak ? Tidak untuk aku sebab tak kena dengan tekak aku dan bukan makanan aku. Prefer ABC atau cendol kalau nak manis manis selepas makan berat. But still aku bukan jenis yang "mengunyah" selepas makan berat.
P/S: Korang suka dessert macam mana?




0 Comment for "Mencuba Bingsu Di Hanbing Korean Dessert Cafe "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)