Assalamualaikum....
goKids Super Tiger Untuk Batuk Dan Selsema Anak Anak | Musim demam, batuk dan selsema ni memang merisaukan mak mak lagi lagi tengah influenza outbreak. Naura dan Aryan start selsema dan batuk batuk on off lepas aku beranak Aqeel bulan April hari tu. Susah betul nak hilang batuk dan selsema tu.
![]() |
| Super Bunny & Super Tiger |
Biasa la sebagai mother kan, kena fikir macam mana la nak selesaikan masalah batuk dorang ni tak hilang hilang. Bila malam je batuk teruk. Dah beli dua jenis ubat kat farmasi (dah lupa brand apa dan satu lagi ubat batuk cap kelapa laut Afrika). Tak de perubahan. Nampak ramai yang kongsi supplement Tiger Milk Mushroom. Aku cari untuk kanak kanak punya dan aku pilih brand goKids.
![]() |
| Vitamin kena sorok. Nanti asyik "meminta" je |
Review goKids Super Tiger & Super Bunny.
Alhamdulillah tak sampai seminggu consume goKids Super Tiger selsema dan batuk anak anak hilang. Macam wow, magik sangat supplement ni, dengan izin Allah. Sebotol ni consume sebiji sehari sahaja dan dalam satu botol ni 30 biji. Harga RM35 (ada promo dan voucher). Recommended dan akan repurchase !
Kalau goKids Super Bunny tu aku tak pasti sangat keberkesanan dia untuk anak aku. Dorang memang jenis aktif tak reti duk diam. Bila keadaan memerlukan fokus, dorang akan fokus. Jadi kurang pasti keberkesanan Super Bunny.
Kebaikan Tiger Milk Mushroom.
- Membantu menguatkan saluran pernafasan,
- Menyokong sistem imuniti dan pertahanan badan untuk anak-anak yang senang demam, batuk dan selsema.
- Membantu anak-anak yang mempunyai masalah asma dan alergi serta membantu meredakan batuk berpanjangan
Ramai juga doktor doktor yang suggest supplemen yang ada bahan Tiger Milk Mushroom ni. Bagus untuk paru paru. Jadi sesiapa yang batuk berpanjangan yang masih belum hilang boleh la cuba dapatkan supplemen di farmasi.
P/S: Alhamdulillah cuaca mendung je hari ni. Tak hujan. Semalam sepanjang hari hujan.



0 Comment for "goKids Super Tiger Untuk Batuk Dan Selsema Anak Anak"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)