Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Oriental Classic White Coffee

Assalamualaikum...

Oriental Classic White Coffee | Dah lama tak beli instant coffee ni jadi kelmarin singgah speedmart nak beli kopi tapi tak pasti nak beli kopi apa. Macam nak cuba kopi baru. Aik Cheong dah beli, Ali, Muthu, Ah Hock White Coffee pun dah cuba. Dah lama nak tengok Oriental White Coffee ni tapi tak pernah cuba lagi. 

Di sebabkan packaging dia menarik jadi aku tertarik untuk mencuba brand Oriental Kopi ni pula. Kalau jual dalam pek plastic mesti lagi murah harganya. Packaging box macam ni nampak eksklusif. 

Tak banyak pun dalam box ni. Ada 10 sachet. 

Oriental White Coffee ni campuran tiga jenis biji kopi Arabica, Robusta dan Liberica. Tak hairan la campuran ni rasanya sedap pahit pahit berlemak. Biasanya aku beli kopi semua jenis berasingan sama ada robusta atau arabica. 

PERBEZAAN ARABICA, ROBUSTA, LIBERICA DAN EXCELCA. 

Excelca tu aku tak pernah jumpa apatah lagi jumpa. Akhir akhir ni memang malas aku nak brew coffee sendiri. Beli instant je. Tapi tu la tak boleh nak minum selalu sebab "bergula". Kang bersemut pula terlebih gula. Hehe.  

Till then...


P/S : Entri lambat sikit, baru balik dari staycation. Nak masak..

0 Comment for "Oriental Classic White Coffee "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top