Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Sukaneka PASTI Kawasan Batu 2025

 Assalamualaikum 

Sukaneka PASTI Kawasan Batu 2025 | Alhamdulillah selesai sudah sukan sekolah Naura. Tetiba teringat last week siap siap nak pergi sukan tapi aku salah tarikh. Hehe.. Makin remaja bangka ni risau jadi makin pelupa pula. 

Pagi semalam aku bangun sebelum subuh lagi siapkan barang barang makanan dan minuman sebelum in case anak mentua dan anak sendiri kelaparan. Lurviey nak ke masjid untuk Subuh dah pesan rebus telur nak buat sandwich telur katanya. Rajin pula ye. Tahun ni sukaneka buat kat Stadium Sayyidina Hamzah UIA. Masa sampai tu masih ada parking. Masa nak turun dari kereta dah penuh parking. 

Tema (Mechamato)

Acara bermula jam 8.30 pagi dimulai dengan acara perbarisan, lagu Negaraku, lagu pasti, bacaan doa dan ikrar anak anak Pasti dan perasmian. Kemudian acara sukaneka bermula dengan anak 4 tahun terlebih dahulu dan selepas itu anak 5 dan 6 tahun.  

Best friend. Kredit : Mama Nuha

Best friend dah kena panggil

Lama mommy duk depan ni tengok je Naura. Dia boleh tak nampak mommy. Aryan panggil pun tak dengar. Apa dalam fikiran dia masa ni? 😁

Sebelum balik bergambar dengan piala dulu

Tahun ni Naura masuk 5 acara. Alhamdulillah semua acara menang (4 emas dan 1 gangsa) berbanding tahun lepas dapat saguhati dan PASTI  Naura Johan keseluruhan tahun ni. Tapau semua acara kecuali 2 acara tak silap aku tak menang. 

Tahun lepas dalam perut, tahun ni dah kat luar 😁

Sepanjang hari cuaca elok je. Alhamdulillah Allah beri kemudahan dan kelancaran sepanjang sukaneka. Masa penyampaian hadiah baru start cuaca panas terik. Pijak kat trek balapan tu pun dah mula melekat lekat kasut. Haish.. Nasib baik Aqeel tak meragam sepanjang acara tu. Cuma bila dah start panas terik tu baru mula meragam sebab dah tak selesa serta mengantuk. 

Budak dua pusar + anak no 2

Aryan pula pagi la buat hal. Acara belum bermula dia dah nak balik. Bosan dan mengantuk. Pening kepala mommy. Masa hantar kakaknya ke khemah dia boleh hilang pula. Berderau darah jap. Dua kali juga dia hilangkan diri semalam.  

Medal tahun ni cantik berbanding tahun lepas
 
Jam 2.40 baru sampai rumah. Penat gila tapi puas hati sebab Naura menang dan PASTI Naura johan keseluruhan. Sebelum Naura "flex" kat atuk sebelah rumah, biar mommy flex dulu kat pembaca blog mommy. Haha . 

Flex is a term commonly used by Gen Z individuals in the workplace to describe showing off or boasting about one's accomplishments or possessions. It is a way for them to demonstrate their success or skills, often with the intention of impressing others

Terima kasih kepada pengurus (ustaz) Pasti Al-Qamar, cikgu Ros, cikgu Athirah, cikgu Faridah, dan cikgu Azyan yang melatih anak anak tanpa jemu dan tanpa mengenal penat dan lelah. Power la tahun ni. Alhamdulillah .. 
 
 
P/S: Now nak fikir potluck 8 Disember nanti, then taklimat SK 13 Disember. 


5 Comment for "Sukaneka PASTI Kawasan Batu 2025"

Salam kenal & Salam ziarah Naniey. Maaf, lambat sikit PH balas kunjungan.

Tahniah Naura! Hebat ye sukan Pasti sekarang buat dekat stadium. Zaman anak⁴ PH mostly buat dekat padang terbuka.

tahniah buat semua, wah semua acara dapat pingat, piala pun besar..moga membesar dengan sihat dan menjadi tonggak agama. Pasti memang 👍👍👍

Piala dah hampir sama besar dengan Naura!

Banyaknya medal Naura. Seronok dia banyak dapat medal. Macam-macam karenah anak nak membesar ni. Nanti dah besar rindu moment ni. Sama je tengok muka baby Aqeel dan abang Aryan.

Alhamdulillah.. Tahniah Naura.. Mantap..
Lewat pula ya sukanekanya.. dah hujung tahun..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top