Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Orregel Selesaikan Masalah Sakit Gusi Nak Tumbuh Gigi

 Assalamualaikum... 

Orregel Selesaikan Masalah Sakit Gusi Nak Tumbuh Gigi |  Baru ku tahu sakitnya nak tumbuh gigi ni ye. Masa Naura dan Aryan sebelum ni tumbuh gigi tak de meragam atau nampak macam sakit nak tumbuh gigi tapi Aqeel meragam teruk bila nak tumbuh gigi. Bulan lepas genap enam bulan Aqeel dah mula gatal gusi nak tumbuh gigi. Meragam sampai susu tak nak minum, makan pun tak nak, bagi benda sejuk pun tak nak. Rasa nak nangis mommy rasa sebab pertama kali hadap ni. Dah la kebetulan time tu tengah bleeding, dan rupanya tu pun dah tanda gugur dah cuma aku tak pergi hospital je. Alhamdulillah Allah bantu aku sebab Aqeel memerlukan aku dan bleeding ni yang biasa sahaja bukan macam yang betul betul bleeding macam tumpah darah dua minggu lepas

Lepas tengok kat TT ramai yang suggest gripe water dan ada juga yang suggest orregel. Aku whatsapp farmasi depan rumah aku tanya Orregel ada jual tak dan berapa harganya. Nasib baik stok ada. Aku pun terus sarung tudung jalan kaki pergi farmasi beli orregel. Tak sanggup dah nak tengok Aqeel menangis. 

"Orregel" is an alcohol-free and sugar-free gel used for relieving pain and discomfort associated with infant teething, mouth ulcers, sore gums, palate, lips, and denture pressure sores. 

BERKESAN KE ORREGEL UNTUK BABY YANG SAKIT GUSI NAK TUMBUH GIGI? 

Lepas sebatang dah tumbuh, next gigi tak perlu dah 🫣

Alhamdulillah dalam masa 24 jam selesai masalah sakit gusi Aqeel tu. Aqeel dah mula minum susu dan makan. Orregel ni perisa blackcurrant dan cara guna tu sapu je kat gusi yang sakit tu setiap 3 jam sekali. Harga RM17. Memang mudah. Elok je Aqeel lepas sapu gel ni. Sekarang dah tujuh bulan, Aqeel dah ada 6 batang gigi. Cepat sangat anak ketiga ni tumbuh gigi. 

Last week aku ada ulser kat bibir jadi aku try sapu kat ulser tu, pedih gila ye. Rasanya bonjela tak de rasa pedih macam ni. Hehe.. 

 

P/S: Banyak benda aku belajar dengan Aqeel ni dari pregnant sampai sekarang..  

 

 

  

0 Comment for "Orregel Selesaikan Masalah Sakit Gusi Nak Tumbuh Gigi"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top