Assalamualaikum ...
Anggap Baby Super Fragile | Last month, Aqeel genap 6 bulan dan ada appointment dengan SCN dan Surgical di Hospital Tunku Azizah. Dua appointment pada hari yang sama di tempat yang sama. Alhamdulillah Allah permudahkan.
![]() |
| TCA Surgical & SCN |
Sampai HTA terus pergi untuk pendaftaran. Memang ramai sangat orang tunggu turn masa aku sampai tu. Selesai pendaftaran terus nak atas untuk dapatkan nombor giliran.
![]() |
| Lepas operation, pipi Aqeel ekzema. |
Paling cepat dengan surgical. Surgical hanya follow up untuk tengok kesan parut pembedahan dan tanya macam mana keadaan baby selepas discharge. Ada masalah atau tidak semua tu. Dan aku tanya lekuk kat dada Aqeel tu akan hilang ke? Doktor bagitau mungkin ambil masa untuk hilang atau ianya akan kekal lekuk sebagai defect semasa kelahiran. Next appointment lagi 6 bulan.
Baca: Aqeel Ada Cyst Kat Paru Paru
Lepas tu tunggu turn untuk jumpa doktor SCN. Kat bilik doktor ni lama sikit sebab doktor check perkembangan dan kesihatan Aqeel. Setakat ni memang Aqeel ikut perkembangan 6 bulan. Alhamdulillah. Yang aku risaukan tang pendengaran. Sebab kadang kadang bila panggil dia macam buat tak tahu je. Bulan 2 nanti ada ujian pendengaran ABR. Kalau ujian pendengaran tradisional tu passed. Tapi disebabkan Aqeel duk lama dalam wad, on antibiotik dan terdedah dengan bunyi bunyian sepanjang di wad, memang baby kena buat ujian ABR.
![]() |
| Tambah stok Aqueous Cream |
Doktor juga inform untuk elakkan tempat crowded sebab Aqeel buat pembedahan paru paru. Risau kalau kena infection akan affect pertumbuhan paru paru dia nanti. Doktor bagitau anggap je baby ni super fragile. Aku memang dah lama tak jalan jalan pergi mall. Sejak influenza outbreak ni lagi takut nak keluar. Naura sampai cakap "bosan la mommy lama tak pergi mall" 😂.
![]() |
| Port wajib ambil gambar 😂 |
Lepas settle terus ke farmasi sebab doktor bagi cream untuk ekzema Aqeel. Naura dan Aryan tunggu waffle fave dorang kat kiosk HTA. Pukul 5 petang selesai dan gerak balik rumah.
P/S: Ubat ekzema apa yang bagus untuk baby?





0 Comment for "Anggap Baby Super Fragile "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)