Assalamualaikum ....
Hari Laporan Prestasi Murid | Alhamdulillah hari ketiga pantang gugur dan dapat juga hadir ambil result Ujian Celik Minda Naura hari ni. Alhamdulillah Allah permudahkan. Itu je doa aku minta last check up KK hari tu bila tahu aku missed miscarriage. Dengan Lurviey yang ada kerja kat Putrajaya dan banyak urusan setelah lama cuti masa Aqeel warded hari tu, dengan Naura nak ujian lepas tu ada report day card, then sukan pula. Semua ni memang merisaukan aku. Tapi Allah Maha Baik, Maha Mendengar..
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Surah Ghafir 40:60)
![]() |
| Momento sebelum beraksi |
Pagi ni aku dah siap awal lagi then siapkan anak anak. Nama je pantang tapi tak macam pantang pun. Pantang makan sahaja 😲. Pukul 9 sampai kat sekolah Naura then ambil no giliran. Sementara menunggu turn anak anak main berlari lari kat ruang menunggu.
Sampai turn memang mendebarkan aku. Berapa la Naura punya result sebab aku tahu la macam mana anak aku tu. Buat latihan kat rumah berulang kali pun aku boleh jadi "mak ko ijo". Alhamdulillah result tu memuaskan hati aku. Cuma jawi tu memang cikgu kata ramai budak salah. Aku pula masa ulangkaji memang tak fokus jadi. Lebih kepada membaca dan mengira. Kalau tak pandai membaca macam mana nak faham arahan yang diberikan. Betul tak?
Selesai urusan sekolah Naura, singgah cari buah pula untuk Aqeel. Sembelit pula dia. Pening kepala mommy sebab Aqeel reject dragon fruit. Kalau kakak dan abang dulu kalau sembelit bagi dragon fruit terus selesai masalah !
Balik rumah, baru nak masak, mama datang hantar makanan untuk aku. Kelmarin pun mama datang hantar makanan. Later nak datang hantar lagi sebab tengah masak sup ayam kampung kata mama. Susahkan mama pula aku. Aku yang berpantang, mama yang susah susah masakkan untuk aku. Haishhh.. Semoga Allah kurniakan kesihatan dan umur yang panjang buat mama mama ku. Aamiin Ya Rabb...
P/S : Teringin ikan steam. Lama tak buat !



0 Comment for "Hari Laporan Prestasi Murid"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)