Assalamualaikum...
Resipi Pulut Kuning Sedap Berlemak | Sebelum hilang lebih baik aku simpan sini memandangkan resipi ni memang ngam dengan tekak aku. Terlalu banyak cara masak pulut kuning ni. Jadi agak agak je la. Alhamdulillah jadi. Lepas ni hantu pulut boleh makan dan masak selalu. Nasi dagang ganu je tak pernah buat dan tak confident nak masak. Takut tak jadi 😂.
Resipi Pulut Kuning Sekilo
Bahan bahan
- Pulut sekilo rendam dengan asam keping dan serbuk kunyit. (paling sekejap aku rendam 1 jam, paling lama aku rendam 8 jam - so terpulang la nak rendam berapa lama)
- Santan 250ml 2 kotak atau 500ml santan
- Air garam sikit (agak agak 1 setengah sudu teh garam)
- Daun kunyit - untuk naik bau pulut
Cara-caranya
- Alas daun kunyit dalam periuk pengukus
- Masukkan pulut yang telah direndam dan kukus hingga hilang wap air.
- Angkat pulut dan masukkan dalam bekas lain,
- Masukkan air garam dan juga santan 2 kotak. Gaul sampai rata semua pulut.
- Sambung kukus balik lebih kurang 15 minit. Siap !
Bila dah pandai masak pulut ni asyik nak buat pulut je. Memang sedap lemak lemak gitu. Makan dengan rendang, kari atau masak padang. Puas hati. Dan paling aku tak sangka Naura pun suka pulut kuning juga. Aryan memang makan apa je. Jadi now mommy ada geng makan pulut. Balik kampung nanti boleh beli beras pulut banyak buat stok. Hehe... Tapi bilalah dapat balik kampung ??
P/S: Entri lama ni. Yummeh !!
Tag :
resepi



0 Comment for "Resipi Pulut Kuning Sekilo Sedap Berlemak "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)