Assalamualaikum...
Selesai Pertukaran Sekolah Naura | Alhamdulillah selesai juga uruskan kemasukan tahun satu Naura. Sebelum ni aku pernah apply CBN dan CBN di bawah PPD Keramat. Sedihnya di CBN sebab murid pun sikit je pengambilan kat CBN tu. Memang betul betul terhad la. Lepas tu disebabkan tiada kekosongan, dalam sistem letak kat SK Jalan Raja Muda. Sekolah tepi jalan yang sememangnya jem. Bayangkan nak hantar Naura dari Batu Caves ke Kg Baru, mama bagitau kena gerak waktu Subuh lagi sebab mama dulu memang waktu macam tu la keluar hantar Lurviey adik beradik kat ST John.
![]() |
| Buku pink untuk masukkan detail imunisasi dalam sistem |
Aku call SK Jalan Raja Muda tu untuk inform pengesahan sekolah dan kemudian tanya andai kata aku nak tukar sekolah minggu ke berapa boleh. Kemudian Pn Shikin tanya kenapa nak tukar semua. Lepas aku inform tu Pn Shikin bagitau dia akan bantu untuk batalkan dalam sistem dengan PPD dan buat pertukaran PPD. Kalau tukar PPD lebih mudah urusan sebab kalau nak tukar sekolah susah. Alhamdulillah semuanya mudah. Aku hantar nama, IC dan maklumat sekolah mana aku nak. Lepas batal dalam sistem, aku kena mohon semula sekolah mana aku nak.
![]() |
| Aryan sibuk nak ikut, lepas tu bosan sebab lama sangat |
Jumaat lepas, En Rahimi dari sekolah yang aku mohon tu call inform untuk hantar borang semua. Tadi aku pergi hantar borang dan kena bawa juga buku pink Naura sebab nak masukkan segala rekod vaksin dalam sistem. Akhirnya settle juga. En Rahimi inform tunggu dalam minggu ni untuk dapat surat tawaran dalam sistem kemudian kena print dan hantar semula ke sekolah. Aku pun dah dimasukkan dalam group whastapp sekolah dah. Cepat betul proses ! Allah mudahkan. Alhamdulillah..
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Maka sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya besama kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah: 5-6)
P/S:Alhamdulillah...



0 Comment for "Selesai Pertukaran Sekolah Naura"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)