Assalamualaikum ...
Alam Ria Pasti Kawasan Batu 2025 | Alhamdulillah, Alam Ria Pasti telah selesai pada bulan September yang lalu. Sebelum melabuhkan tirai alam Pasti buat Naura, mommy simpan sini sebagai kenangan di masa depan. Gitu ..
Naura ambil bahagian dalam pertandingan nasyid. Mommy dan Aryan sekali duk terikut ikut hafal nasyid masa latihan kat rumah.
Alam Ria Pasti 2025 kali ni diadakan di SK Batu Muda. Jadi pagi lagi dah bersiap siap dan kena gerak awal sebab risau tak dapat parking.
![]() |
| Cepatnya dah besar Naura. |
Sebelum acara bermula anak anak main di taman tepi dewan. Sempat la mommy snap gambar Naura kat sini sebagai kenangan. Tetiba teringat masa baby dulu hari kedua doktor diagnose Naura ni Turner Syndrome. Ntah doktor mana la yang diagnose tu. Padahal tak de pun. Tahun depan dah darjah satu. Cepat betul masa berlalu.
Aqeel anak baik yang memberi kerjasama sepanjang hari tanpa meragam. Mommy bawa stroller senang Aqeel nak tidur dan mommy boleh fokus nak rekod kakak bernasyid.
Sementara tunggu keputusan nasyid dan acara acara lain, sesi paww daddy beli makanan kat kantin sekolah. Dorang beli ayam gunting. Rasa ok tapi banyak tepung dan liat. Kasihan budak budak sekolah.
Dah kenyang makan, main main dengan kawan kawan. Ni nest friend Naura. Tak lekang nama best friend dia ni. Naura ada dua orang best friend Nuha Zinnirah dan Naura Safiya. Tengok anak anak ni sedih pula rasa. Tahun depan masing masing dah bawa diri kat sekolah masing masing.
Lebih kurang pukul 12 semua berkumpul di dewan untuk keputusan pertandingan. Untuk acara nasyid Pasti Naura dapat saguhati. Dia punya happy tu macam dapat nombor satu. Dorang dapat saguhati mungkin di sebabkan masa tengah bernasyid tetiba ada kawan dia turun dari pentas untuk betulkan headband tu dan dorang yang tengah syok perform semua senyap terus dan tunggu kawan tu naik balik atas pentas sambung semula 😂.
![]() |
| Selfie waktu pagi dengan Naura sebelum gerak |
Selesai sudah Alam Ria Pasti 2025. Alhamdulillah...
P/S: Nak bersiap nak ke SK hantar surat tawaran.
Tag :
Intan payung









0 Comment for "Alam Ria Pasti Kawasan Batu 2025"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)