Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Sunsweet Prune Juice Selesaikan Masalah Sembelit Bayi

 Assalamualaikum... 

Sunsweet Prune Juice Selesaikan Masalah Sembelit Bayi | Baru je bulan lepas Aqeel sembelit teruk, eh bulan ni macam ada tanda tanda nak sembelit lagi. Nak kata aku ada bagi makanan baru rasanya tak de benda yang baru bagi Aqeel makan. Buat mirepoix hari tu pun tak berani nak guna sebab ada carrot. Bila nampak ada tanda sembelit semalam terus minta Lurviey belikan Sunsweet Prune Juice kat 99 Speedmart. Petang semalam terus bagi dia minum jus prune ni (campur dengan air). Sebelum maghrib semalam dapatlah dia berak tapi sikit je. Alhamdulillah.


Pagi ni ingatkan dah settle masalah membuang tu. Jadi bagi lagi jus prune dan campur air sikit. Alhamdulillah selepas sejam lebih membuang dengan lancar. Syukur Alhamdulillah. Mommy is happy. Dapat membuang dengan mudah ni, satu nikmat juga  Kadang orang lupa untuk mensyukuri benda kecil macam ni. 

Sunsweet Prune Juice ni 100% dari sari buah prune tanpa gula tambahan. Minum jus prune ni rasanya macam makan Sunsweet Prune tu. Rasanya tak terlalu manis bagi aku dan sedap. Rasanya jus prune ni akan jadi minuman wajib beli kat sebagai persediaan untuk Aqeel. Buat masa ni buah naga dan betik tak berkesan untuk merawat sembelit Aqeel.  

Teringat baby 7 bulan sebelah Aqeel masa kat wad surgeri. Baby tu nampak sihat, comel, gebu. Aku tanya mak dia kenapa dengan baby? Mak dia kata lubang dubur kecil jadi kena operate untuk besarkan sikit. Baby nangis meneran susah nak membuang.  Ada juga baby yang lahir tak de lubang dubur. Terpaksa guna stoma bag dulu sebelum buat operation. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga dipermudahkan urusan kita semua. 

 

P/S: Berbaki seminggu untuk selesaikan borang untuk pendaftaran tahun 1.  

0 Comment for "Sunsweet Prune Juice Selesaikan Masalah Sembelit Bayi"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top