Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Jalan Jalan Kat MyTown

 Assalamualaikum... 

Jalan Jalan Kat MyTown | Weekend pergi IKEA sebab Lurviey terasa nak try english breakfast kat situ, malangnya masa sampai tu dah melepasi jam sebelas pagi. Jadi, next time kena pergi awal lagi. Lepas makan kat IKEA jalan jalan la jap kat dalam tu. Anak nak main kat indoor playground tapi mommy jenis paranoid sikit. 

Wefie sambil tunggu Daddy order makanan

Dah kenyang makan, Lurviey ajak beli Famous Amous guna voucher Maxis. Duit banyak dalam tu sebabnya nombor tu nombor untuk bisnes jadi perlu aktif dan sentiasa topup tapi sekarang dah jarang guna. Sebab duit dalam tu ada dua ratus lebih lagi. Dah lama guna nombor tu since 2011 macam tu tak silap aku. Aku la yang beli nombor tu kat kedai bawah office tempat aku kerja dulu. Beberapa tahun lepas pergi Maxis Centre KLCC nak tukar simcard baru tapi bila check nombor tu bukan nama Lurviey tapi pemiliknya orang Indonesia. Sah ! Pekerja kat kedai telefon tu tak daftarkan untuk aku. Apa lagi boleh buat? Memang tak boleh buat apa la. Sakit telinga aku dengar kena bebel 🙄. Bukan salah aku pun. Panjang pula curhatku ini. 

Anak anak ajak masuk kat sini pula. So mommy ambil gambar je la. Dah hilang mood krismas sebab krismas pun dah berlalu. 



Lepas settle ni, dorang ajak beli donut Krispy Kreme. Mommy layan je la. Guna voucher Maxis lagi. Hehe. Dah dapat donut, dorang buka check donut masing masing. Nasib baik la check, sebab salah donut. Minta yang choc dia bagi original glaze tu. Kalau tak ada la drama nak kena hadap. 

Begitulah weekend kami hari tu. Jalan agak lengang mungkin ramai yang balik kampung bercuti. 


P/S : Selamat bercuti. Bestnya tengok orang balik kampung.. 🤐

Tag : emovere
0 Comment for "Jalan Jalan Kat MyTown"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top