Assalamualaikum...
Pertama Kali Mencuba Dutch Lady MaxGro | Tiga minggu lepas aku dapat sample Dutch Lady MaxGro ni dan aku excited juga nak bagi Naura dan Aryan cuba susu lain.
Dutch Lady MaxGro diperkaya dengan nutrien penting untuk perkembangan tinggi dan berat badan yang optimum. Dutch Lady MaxGro juga menyokong perjalanan pertumbuhan semula jadi anak anak. Dengan tulang yang kuat, tenaga berterusan dan keyakinan untuk berdiri teguh—MaxGro membantu mereka membesar dengan yakin di setiap langkah.
![]() |
| Memudahkan mak mak macam aku ☺️ |
Review Dutch Lady MaxGro
- Ada 3 saiz pek - 600g, 1.2kg & 15 x 27g
- Bagi yang selalu travel boleh beli susu per pack dalam sachet lebih mudah dan senang nak bancuh.
- Bau vanilla Dutch Lady MaxGro ni bagi aku sangat wangi. - Naura & Aryan kurang suka sebab terlalu wangi. Jadi aku kena bancuh lebih air bagi kurang sikit bau wangi dan baru Aryan minum.
- Untuk ketinggian tu kurang pasti keberkesanan sebab aku tak ukur pun tapi aku perasan Aryan macam "mengembang" semula.
![]() |
| Naura 6 tahun & Aryan 3 tahun |
Repurchase ? YES. Kalau nak travel, aku akan purchase sebab memudahkan aku nak bancuh susu untuk Aryan sebab Aryan masih minum susu dan kerap juga minum. Kalau Naura tu sehari sekali dan bukan setiap hari pun minum. Alhamdulillah, sekotak dah habis. Ada lagi sekotak susu Dutch Lady MaxGro !
P/S: Korang remaja bangka minum susu apa? Kongsi sikit




6 Comment for "Pertama Kali Mencuba Dutch Lady MaxGro "
Wangi? Susu pun ada wangi eh?
Peket kecil senang untuk bancuh. Saya follow sini :)
Comel je dua orang ni jadi model. Senang kan kalau ada jenis pack sachet ni. Betul tu memudahkan sangat kalau pergi travel. Mesti sedap susu bau vanilla ni.
x minum susu putihhhhh...x leh masuk la......puas kena paksa minum...hari tu masa x sihat suami belikan yang susu apa ntah kotak merah yang boleh cegah kolesterol tu..minum la...sekali tersembur kena muka dia...tu la paksa2 lagi...
ala...dah tua2 nie, minum anlene atau yang untuk kolestrol tu.. hahaha..itu pun beli pack paling kecik.. nak perabih jenuh..sebab nescafe dan teh tarik lagi sedap.. hahaha
Betuuuuul. Kalah ada pack yg sachet memang memudahkan utk traveling. Dah pas juga takarannya kan . Tinggal kasih air panas
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)