Assalamualaikum ..
Banjir Depan Rumah | Selepas azan Asar, hujan turun dengan lebat hingga jam 6 lebih. Lurviey balik dari surau bagitau air naik depan rumah. Aku iyakan je tanpa tengok sebab kadang kadang Lurviey ni suka main main jadi aku iyakan je la.
![]() |
| Simpan sini sebagai kenangan. Bukti air pernah naik kat sini |
Tapi bila anak anak pun teriak mommy banjir depan rumah lepas tu dengar pula jiran sebelah borak dengan Lurviey, aku jenguk la kat luar rumah tu. Rupanya memang betul air naik. Terkejut aku sebab sepanjang empat tahun aku duk sini tak pernah pula naik air macam ni. Jiran cakap sebelum ni tak pernah naik air pun dan mungkin sebab longkang yang MPS baru buat belakang rumah ni, air naik.
Kalau hujan berterusan mau air masuk rumah macam ni. Hujan dah berhenti, air pun dah surut tadi. Alhamdulillah..
P/S : Esok di jangka hujan lebat lagi tapi tak selebat Jumaat lepas..


7 Comment for "Banjir Depan Rumah"
Allahu..jangan la hujan lagi ha..semalam Kak SA balik harung banjir kat Kajang....nasib masa tu air blom tinggi...dan rasanya x naik langsjng sbb pagj ni elok je..harap2 hari ni x hujan lebat sangat..akak semalam walau ada payung tetap lencun nak masuk keta
Uish... bahaya tu.. nk kena jaga² tu naniey... semoga hujan berhenti lah ye
Allahu Akbar, banjir juga rumah Naniey ye. Akk alhamdulillah ambil anak sekolah awal, sebelum hujan. Dekat Greenwood tu banjir smlm
Kalau naik macam ni kita dah seram dah, kena berjaga-jaga. Rasanya sebab longkang tersumbat tu, air jadi bertakung tak mengalir kemana. Harapnya tak terus naik dan pihak berwajib segera buat kerja. Take care Naniey and family. Semalam hampir seharian juga hujan, kita pun dah risau dah.
Syukurlah tak naik sampai ke dalam ya kak. Ini yg selalu ditakutkan kalau musim hujan. Berdoa jangan sampai banjir
Semoga tiada apa2 berlaku kan, jauhi banjir besar..mybe longkakng sumbat..kena bersihkan oleh JPAM lah agaknya..bahaya juga longkang tersumbat..memang air tak lancar dek..
Longkang tersumbat la tu air bertakung. Naya kalau masuk rumah.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)