Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Kungfu Ramen Taman Sri Gombak

 Assalamualaikum.... 

Kungfu Ramen Taman Sri Gombak | Antara entri yang lama diperam. Dekat setahun baru update. Makan hujung tahun lepas tapi hujung tahun ni baru nak update. Maklumlah tahun lepas tak berapa larat nak tengok blog dengan alahan teruk, dengan kemalasan yang teramat sangat. Tapi jangan risau sebab Restoran Kungfu Ramen Taman Sri Gombak ni masih beroperasi.

Kalau pergi Taman Sri Gombak memang akan ke Restoran Awwal Maju je walaupun kat Sri Gombak tu ada banyak pilihan resto. Masa ni tengah pregnancy craving nak makan Mi Tarik jadi ajak Lurviey makan kat situ terus. 

Craving satisfied !

Aku order Braised Beef Noodle sebab nampak sedap sangatlah dan bila di tambah dengan chili oil tu lagi melonjak lonjak perasaan tu. Korang faham tak apa yang aku nak sampaikan ni? 

Nampak pedas tapi..

Berminyak minyak sebab aku letak banyak chili oil tapi sedihnya tak rasa pedas pun. Chili oil ni memang tak pedas ke wehh? Tekstur mi masa aku makan ni kurang ngam dengan tekak aku sebab macam lembut sangat (macam mi segera yang dah kembang lama). Bukan ke tekstur mi tarik sepatutnya kenyal? Ke aku yang salah? 

Dumpling tu mommy yang punya

Anak anak pula order Dumpling Noodle Soup. Semangkuk boleh makan dua orang. Portion banyak dan anak anak memang suka sangat masakan bersup macam ni. 

Gigih nak mengepit

Naura dan Aryan dah bagitau nak makan guna chopstick walaupun tak pandai guna pun. Sepit la macam mana pun asal boleh masuk mulut. 

Padu... 

Lurviey tetaplah mencari nasi di mana mana sahaja. Jadi Lurviey order Potato Fried Chicken With Rice. Katanya sedap walaupun simple je. Padu katanya. 

Nanti kalau teringin nak makan Mi Tarik, aku nak try Kungfu Ramen kat dalam TF Value Mart pula. 


P/S : Macam nak brisk walk je petang ni. 

0 Comment for "Kungfu Ramen Taman Sri Gombak "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top