Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Creamy Spagetti Tomyam Mudah

 Assalamualaikum... 


Creamy Spagetti Tomyam Mudah | Alhamdulillah  petang semalam hujan dan tekak pun teringin nak makan spagetti. Spagetti memang fave aku dan kalau lapar waktu malam bila terlebih rajin maka jadilah spagetti tomyam ni. Cukup rasa dan kena anak tekak aku, syukur Alhamdulillah. 


Creamy Spagetti Tomyam Mudah , Spagetti Tom Yam Berkrim 


Bahan Bahan 
  • Spagetti - rebus dan toskan
  • Susu Full Cream 
  • Kiub Tomyam
  • Udang atau ayam atau apa sahaja lauk yang korang suka. 
  • Bawang Putih Cincang 
  • Minyak 
  • Cheese - option sahaja. Tak de pun tak pe 

Cara caranya
  1. Tumis bawang putih hingga naik bau
  2. Masukkan udang dan biarkan seketika
  3. Kemudian masukkan kiub tomyam, kacau rata 
  4. Masukkan susu full cream (agak agak) kacau rata dan masukkan spagetti.
  5. Masukkan cheese untuk lebih berkrim. Siap! 

Tak perlu masukkan garam sebab dalam kiub dah cukup segala rasa. Aku masak kalau guna kiub memang tak letak garam apa dah. Kalau malas sangat, susu dan kiub je dah cukup. Asal cukup rasa dan untuk makan sendiri je. 


P/S : Masih hujan pagi ni.. Suka bau hujan kat dalam hutan... 
Tag : resepi
7 Comment for "Creamy Spagetti Tomyam Mudah "

Simple dan senang je nak buat..nanti akak nak cuba buat la..selalu buat aglio olio je

Sedap ni. Pernah buat sebab masa tu viral yang Khairul Aming buat rasanya kan. Senang je nak masak dia. Betul tu, saya pun tak letak garam dah kalau dah letak kiub atau serbuk perasa. Asalkan ada rasa-rasa tu cukuplah. Nanti kalau masin tak lalu nak makan.

boleh la nak cuba nanti...tak pernah lagi buat nie

sy teringin nk buat spageti tomyam ni.. boleh la cuba mcm simple je resepi naniey ni

Petang ni hujan lagi, lebat!
Sedapnya spaghetti tomyam ni. Kena restock udang dan kiub ayam dulu la ni. Plus kena cari kerajinan juga 🤭

Mudah tu sebab pandai buat... cuba suruh uncle buat... hancho! hehehhee

Nak cari kiub Tomyam lah, sedaaap nih kak 🤤😍😍. Sayapun suka spaghetti. Tp selalunya buat oglio olio atau Alfredo.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top