Assalamualaikum....
Mencuba We Drink Matcha Milkshake | Sana sini orang duk cuba air matcha ni, tetiba rasa teringin la pula. Kalau ke We Drink aku order coffee latte je. Kalau ada promo kat FoodPanda aku order 4-5 cup terus. Sesekali je order banyak macam ni. Anak anak lagi kerap makan ais krim kat AiCha sebab Aicha tepi rumah je dan We Drink kena naik ke Sri Gombak atas. Malas aku nak ke sana semata mata nak makan ais krim. Kalau makan ais krim mesti aku order kopi juga. Md Nor marah suruh menyimpan !!
![]() |
| Dah malam pun pakai wedges 🫣 |
Sementara menunggu order siap anak anak buat kedai ni macam bapak dorang punya. Adoii penat la nak marah ! Nasib baik dah tak de orang sebab dah nak jam 10 malam dah.
![]() |
| Matcha Milk Shake, Coffee Latte & Passion Fruit Tea |
Rasa Matcha Milkshake ni sama macam thai green tea yang aku pernah cuba sebelum ni. Terasa tehnya dan lemak lemak manis. Sesekali kalau teringin teh boleh la order. Harga RM5 sahaja. Coffee Latte RM4 dan Passion Fruit Tea RM3.
![]() |
| Alhamdulillah |
Balik rumah keluarkan isi durian adik ipar bagi petang tadi dari dusun datuk isterinya (biras). Rezeki dapat durian. Alhamdulillah. Allah tahu aku teringin durian, eh dapat durian hari ni. Esok je tibai makan durian sebab malam ni aku nak menikmati kopi sampai blogwalking.
P/S: Penat sungguh hari ni, dokumen asyik kena reject je. At the end, tak settle juga ðŸ˜




0 Comment for "Mencuba We Drink Matcha Milkshake"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)