Assalamualaikum....
Bahagian 1 | Bahagian 2
Jam 11.58 wad call inform doktor nak jumpa. Operation dah selesai. Sumpah rasa takut sangat sebab doktor nak jumpa. Lurviey mula la nak kena panic attack. Doktor dah bagitau sebelumnya, ni major operation dan high risk but inshaAllah semuanya baik baik sahaja sebab ada doktor pakar yang handle kes macam ni.
 |
| Ketulan bahagian paru paru yang dibuang |
Lebih kurang pukul 12.10 macam tu kami kat bilik interview kat Dewan Bedah tu, doktor masuk. Doktor Lokman, doktor yang aku jumpa masa last check up aku kat MFM sebelum beranak Aqeel. Alhamdulillah, operation berjaya dan selamat. Doktor bagitau operation ni straightforward (potong je bahagian yang problem tu). Alham dulillah.. Kalau complicated mungkin ambil masa empat ke lima jam. Syukur sangat Allah permudahkan dan kemudian doktor tunjuk ketulan paru paru yang dibuang tu. Besar juga. Then doktor bagitau keadaan Aqeel ditidurkan dan ada tiub kat bawah bahagian operation tu untuk pantau takut paru paru bocor. Mungkin dalam 2-3 hari nanti baru akan sedar.
 |
| Hari ke-4 - Mommy datang panggil nama dia tak de respon. Masih lalok |
Jam 1.16, NICU call bagitau Aqeel dah masuk NICU dan nanti boleh bawa pampers dia kat situ. Masa aku pergi kat NICU ada skrin besar dan penuh wayar kat Aqeel dan intubated . Aqeel juga drip air, darah dan antibiotik. Hari ke 4 aku datang, wayar chest tube masih ada, oksigen dah tukar guna CPAP dan Aqeel dah sedar cuma masih lalok kesan ubat tidur.
 |
| Hari ke - 5 Tunggu mommy datang tengok dia. |
25 May 2025, Aqeel dah sedar dan celik mata. Lima hari tak bertentang mata. Last tengok Aqeel buka mata masa pergi Echo. Syukur Alhamdulillah. Chest tube pun dah cabut. Nurse inform nanti dorang akan call bila transfer ke wad asal semula.
 |
| Ekzema teruk after operation. Almost 2 month tampal plaster kat pipi 😭 |
26 May 2025, jam 11.30 pagi, NICU call Aqeel dah boleh masuk wad biasa. Jadi aku boleh room in dengan baby. Time ni aku dah happy sangat sebab biasanya bila dah boleh room in ni, dalam masa terdekat boleh discharge. Aku inform nurse, petang aku akan datang lepas settle uruskan anak anak.
Tiga hari aku kat room in kat dorm tapi tak de tanda tanda Aqeel boleh discharged sebab Aqeel masih guna nasal prong dan ryles tube. Hari ketiga tu aku bagitau nurse boleh tak aku nak balik sebab baby belum boleh balik lagi dalam masa terdekat dan aku perlu uruskan Naura dan Aryan kat rumah.
 |
| Selamat Hari Raya Aidiladha |
Masa kat wad ada dua doktor yang tengok Aqeel ( Doktor medical dan doktor surgical). Both ada pandangan yang berbeza. Aku sendiri confuse mana satu yang betul. Setiap hari aku melawat Aqeel dengan harapan Aqeel dah tak pakai nasal prong tapi sangkaan aku meleset. Masih ON ! Aku ingatkan Aqeel boleh balik sebelum raya haji sayangnya tak dapat lagi. But baju raya untuk Aqeel aku tetap standby.
 |
| Luka operation Aqeel bernanah. Kat chest tube tu pun ada sikit. |
Sehari sebelum discharge nampak kat bahagian operation Aqeel tu macam bernanah. Aku inform nurse dan dorang bagitau nanti dorang akan inform doktor. Risau pula aku sebab takut jangkitan kuman or apa apa nanti.
10 Jun 2025 pagi tu aku call nurse wad 9B remind untuk inform doktor yang round wad pagi tu. Nurse inform dia dah bagitau doktor yang round pagi tu. Jam 12.37 nurse call bagitau Aqeel dah boleh balik. Doktor Zaim yang tengok Aqeel dan bagi Aqeel discharged. Perasaan tu tak tahu nak cakap macam mana. Syukur sangat dan macam tak percaya "hari itu" yang aku tunggu tu adalah hari ini. Aku tanya macam mana dengan nanah tu? Doktor bagitau biarkan sahaja bahagian yang bernanah tu. Almost sebulan juga nak tunggu nanah tu pecah sendiri. Now Alhamdulilah dah kering dan tinggal parut kekal.
Masa discharge ni Lurviey ada kerja kat Putrajaya dan lambat sikit balik. Jadi aku pergi dulu kat hospital sebab dah lewat petang nak tunggu Lurviey sampai rumah dari Putrajaya. Tak menyabar kan? Ingatkan boleh bayar terus. Aku lupa nak bawa sijil kelahiran Aqeel. Terpaksa tunggu Lurviey sampai rumah then snap sijil tu hantar. Kalau nak bayar juga boleh tapi rate foreigner.
KOS RAWATAN PEMBEDAHAN HOSPITAL KERAJAAN (HOSPITAL TUNKU AZIZAH)
 |
| BANYAK SUBSIDI KERAJAAN |
Masa nak bayar tu risau juga sebab tak tahu berapa la kos rawatan selama dua bulan. Ada tiga page senarai setiap rawatan dan harga. Alhamdulillah hanya perlu bayar RM500 sahaja. Orang kat kaunter tu bagitau memang jumlah maksimum hanya RM500 sahaja.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Arab-Latin: Fa bi`ayyi ālā`i rabbikumā tukażżibān
Artinya: Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Jujur, banyak yang aku belajar sepanjang Aqeel warded kat hospital. Aku belajar juga untuk berserah pada Allah dan bersyukur dengan apa yang Allah bagi pada aku. "Rasa" yang tak semua orang merasai. Aku rasa Aqeel la yang paling teruk, tapi bila jumpa mommies lain, baby dorang lagi berat sakitnya. Syukur..
P/S : Teringat momen aku bawa keluar Aqeel dari wad dan first time Naura dan Aryan jumpa adik bersemuka. Ke main sayang. Sekarang? Kadang cubit, kadang sengaja buat Aqeel nangis.
0 Comment for "Operation Buang Cyst Paru Paru - Bahagian 2"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)