Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Majlis Anugerah Prestasi Pasti Kawasan Batu 2025

 Assalamualaikum ...

Majlis Anugerah Prestasi Pasti Kawasan Batu 2025 | Majlis tahun ni bertempat di Brainy Bunch Melawati jam 8 pagi. Macam biasa on paper 8 pagi tapi hampir jam 9 baru majlis bermula. 

Pagi ni hujan lebat dan Alhamdulillah hujan reda sebelum majlis bermula. Kami tiba sebelum jam 8 pagi dan dewan masih belum penuh jadi dapat duduk seat depan di hadapan pentas. 

Tengah fikir nak paw mommy

Jam 8.40, Aryan dah kebosanan dan berusaha memujuk mommy untuk belikan belon spiderman kat luar dewan. Cubaan gagal.



Anak anak menunggu turn untuk naik pentas. 



Missing someone, Naura Safiya.. Get well soon Safiya.. 

Dah selesai naik pentas. Alhamdulillah... Selesai sudah pra sekolah anak anak. Semoga anak anak cemerlang di sekolah masing masing nanti. 

Santai kan dia baring atas karpet dalam dewan.

Lurviey dah selesai urusan di SK terus datang kat Naura. Alhamdulillah dokumen semua lengkap. Perfecto ! Aryan mengamuk nak belon dan terpaksa bagi handfon. Kalau mommy lantak kau la. Tak denya nak bagi handfon. Belum masa lagi. 

Tokoh Murid Pasti Kawasan Batu.. Hebat anak ni sebab ibu ayahnya pun hebat. OKU penglihatan dan anak ni merupakan anak tunggal pasangan hebat ini. Aku perasan pasangan ni masa Pasti Alam Ria hari tu. 


P/S : Syoknya dapat tidur petang.. Penat !! 

Tag : nanieydom
6 Comment for "Majlis Anugerah Prestasi Pasti Kawasan Batu 2025"

Alhamdulilah tahniah untuk anak akk

Tahniah 🎉💐🎓 Comel je budak2 grad kan.

comel2 belaka anak2 pakai jubah convo. pelapis utk masa hadapan ni :)

alhamdulillah dah konvo, pasti memang terbaik.. moga membesar menjadi tonggak agama..

Ala.. Comelnya.. Baju konvo dia lawalah..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top