Assalamualaikum...
Ketagih Ayam Masak Cili Santan | Semalam sampai je kat rumah terus keluarkan ayam nak buat ayam masak cili santan dan untuk Naura dan Aryan ayam goreng kunyit. Ayam masak cili santan ni memang masakan paling simple tapi sedap dan bikin ketagih. Kalau malas sangat memang ni je lauknya.
RESIPI AYAM MASAK CILI SANTAN
Bahan bahan
- Bawang merah - kisar
- Bawang putih - kisar
- Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
- Daun limau purut - untuk wangikan
- Cili padi - kisar
- Santan
Cara caranya
- Tumis bahan kisar, kemudian masukkan daun limau purut
- Masukkan santan dan kacau rata. Kalau warna macam pucat boleh tambah serbuk kunyit untuk cantik.
- Kemudian masukkan ayam goreng. Siap ! Boleh rasa dulu kalau tak cukup garam.
Simple kan? Tak perlu letak gula, or garam lagi sebab ayam goreng dah ada garam. Macam biasa simpan sini untuk diri sendiri walaupun zaman sekarang zaman ChatGPT, TikTok. Orang jarang dah nak tengok blog. 😁
P/S: Tetiba rasa macam tak cukup tangan sebab ada banyak benda yang tak settle. Tapi blog aku cuba juga update dan jenguk sebab ni la tempat aku 'healing'. Aku kan lonely. Meraban merepek kat sini je la..


11 Comment for "Ketagih Ayam Masak Cili Santan"
Sebenarnya nanti ingat nak GrabFood je. Sekali baca post ni makalah kita masak nasi goreng begitu😅
Mana boleh tinggal blog Naniey. Tempat healing. hehehe... Tapi nanti nak try jugak resepi ni. 🫢
Bahan simple je senang nak masak bebila. Cie la oldschool lagi masih google kekadang cari resipi 😬
Senangnya.. nnt boleh la try ni.. dpd asik kari, kicap je bebudak ni.. hehehe
Waaaah thank youuuu resepnya kak. Saya save, nak buat juga nanti 🤩🤩🤩. Saya nih tak suka masak. Tapi terpaksa masak 🤭. Jadi selalunya resep2 mudah yg tak banyak bahan lah yg saya cari
Betul, ringkas dan sedap.! Pernah cuba versi ayam goreng ni. Santan tu lagi pekat gitu kan berbanding tanpa goreng.
Kalau tengok tekstur dia ala ala ayam percik juga ya....
Samalah blogger sesama blogger saja faham blog ni tempat apa haha
Nanti ada masa boleh try resepi naniey ni sbb mkn pedas
Ada sekali Dania buat ayam msak cili santan ni...memang sedap...
Mudah dan ringkas.. Sha save dulu.. Manalah tahu, tetiba rajin kan..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)