Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Sedap Ke Ayam Gepuk Top Global

 Assalamualaikum .. 

Sedap Ke Ayam Gepuk Top Global? | Ayam gepuk ni memang pilihan ramai orang kalau nak makanan yang ringkas tapi mengenyangkan. First time aku makan Ayam Gepuk Top Global sebab adik ipar yang belanja. Dah jadi macam makanan wajib adik ipar la kalau dia balik Gombak ni. 

Nasi dalam kotak bila tapau

Semalam aku minta Lurviey pergi rumah mama ambil baju Naura dan Aryan sebab nak packing dorang nak ikut nenek pergi bercuti kat Monkeys Canopy . Aku tak dapat follow semalam sebab hari ni Lurviey ada kerja kat Putrajaya dan aku pun ada dokumen nak kena settle dan submit hari ni. Petang nanti baru menyusul anak anak.

"Plating" sendiri

Akulah terpaling bahagia kalau dapat bahagian thigh ni. Aku kurang suka bahagian isi dada ayam. Tapi kalau bertukar jadi chicken popcorn kejap je habis aku makan. Lol !
 

Tengok gambar ni balik rasa lapar semula. Haish.. Macam mana nak kurus ni 😭. 

Buat pertama kali aku makan sambal kacang ni dan rasanya memang 'win'.  Masa pregnant Aqeel hari tu tak berani nak makan sambal ni sebab tak perna tengok dan macam pelik je sambal ada kacang macam ni. Tapi demi entri ni aku cuba rasa, perghhh sedap rupanya sambal kacang ni dan tahap kepedasan level satu ni biasa biasa je bagi aku. Tapi untuk Lurviey memang pedas sangat dah ni. Kicap tu aku tak usik pun dan kalau makan ayam penyet pun memang aku tak pernah makan kicap tu. Lurviey yang habiskan. Kicap ABC kan? 

Kubis goreng ni pun first time rasa juga. Sedap juga tapi aku ada terbaca tak elok makan kubis macam ni sebab boleh menyebabkan kanser ( karsinogen ). Ada sesiapa boleh terangkan? Betul ke goreng sampai hitam dalam minyak yang panas gitu? Ketagih tau rasa kubis ni. 

PERBEZAAN AYAM GEPUK, AYAM GEPREK DAN AYAM PENYET 

 

Nampak sama tapi tak serupa

Till then... 


P/S : Nak bersiap barang barang nak jumpa dua intan payung petang nanti. 
9 Comment for "Sedap Ke Ayam Gepuk Top Global "

linda tak suka pula kobis goreng tu.

KSarie ni mungkin sebab udah tua makanya deria rasa makin berkurang macam tu ke apa tak sure. KSarie pernah makan Ayam Gepuk Global, Pak Gembus, etc. Semuanya lebih kurang rasanya

Tak pernah cuba lagi ayam gepuk top global. Rezeki orang belanja. Makanan kalau dah suka, itu je lah yang kita rajin beli. Saya pun suka bahagian thigh.
Ya, kalau kurang pedas dia akan letak kacang tu lebih, sambal kurang. Betul, kobis tu digoreng sampai garing gitu. Pernah cuba buat. Kurang suka sebab macam berminyak juga. Lebih baik makan kobis mentah buat ulam daripada digoreng kan.

Cie pun tak suka ayam bahagian isi. Tak tahan makan kalau pedas sangat.

dia punya sambal tu mmg pedas amat kan.

Saya suka segala macam ayam geprek, gepuk atau penyet ini 😄. Sebab di jakarta banyak sangat. Bisa dibilang tiap berapa meter ada yg jual hahahahah.

Tp memang yg membedakan itu sambal kak. Jadi kalau sambalnya sedap, sedaplah semua rasa ayam dan lainnya 😄😄.

Sambal kalau ada kacangnya, justru paling sedaaaap 🤭🫰🫰. Di sini beberapa ayam geprek pakai sambal kacang, dan memang jadi makin mantap lah.

Kobis goreng nih memang enak, tp saya tak berani makan banyak 😄. Bukan Krn karsinogen, tp karena berminyak sangat kadang. Lagipun saya lebih suka kobis yg fresh.

Saya suka juga makan Top Global ni tapi sambal dia pilih yang paling tak pedas. Hehehe

Kalau nina dan hubby kami suka ayam pak raden mkn dgn sambal gajus, mungkin suka ayam yg digoreng garing kot. Pernah cuba mkn ayam top global ni sekali saja

Tak pernah lagi makan kubis goreng macam tu.. Sha makan sambal dia kalau bubuh kacang tu untuk kurangkan pedas..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top