Assalamualaikum...
Tak Sempat Nak Monday Blues | Isnin datang lagi. Dah sedia maklum hari ni memang banyak kerja kena settle sebab dah tengah bulan. Banyak benda yang nak kena kejar dan dalam masa yang sama 'di kejar' juga. Lol ! Itulah kehidupan sebagai seorang dewasa. Penat !!
![]() |
| Ayam goreng kunyit kena basah basah minyak |
Settle lunch, sambung kerja semula untuk confirmation warna fabric untuk seat replacement dan kemudian reply segala email dan juga design banner. Dah settle semua payment barulah boleh lunch dengan tenang sambil tunggu client respon kat whatsapp dan scroll threads.
Jam 6 petang, ajak Lurviey pusing pusing taman ambil angin petang. Di pertengahan jalan hujan mulai turun rintik rintik. Nikmatnya muka kena air hujan. Dah lama tak main air hujan. Masa kecil selalu bagi alasan nak cuci longkang sebab nak main air hujan. Hehe.. Padahal longkang tu bukan longkang ada air dan kotor pun. Musim hujan memang ni je la mainan aku dengan adik beradik. Bukan ada TV pun nak tengok, TV pun sekadar hiasan sebab tak dapat siaran.
Sekian hari Isnin aku.... Tak sempat nak monday blues !!
Monday blues refer to the common feeling of unease or unhappiness that many people experience at the start of the workweek
P/S : Semoga minggu ni lebih baik dari minggu lepas. Aamiin...



9 Comment for "Tak Sempat Nak Monday Blues "
OOoo... Naniey ni designer eh?
Ayam goreng kunyit tu style Mat Rock (ada lori jualan di Putrajaya).
Singah sini, terharu ada link blog Pesona Etuza..terima kasih banyak2 ya..dah lama follow..
my monday semlm pun was bz dgn keje so sama la kitaa..tak sempat nak monday blues!
Minggu ni bz.. byk meeting.. mgu dpn dh stat cuti dh
Best kan mandi hujan... Dah tua ni teringin juga tapi takut kena kecam pulak ahaha 😂
Lama x buat ayam goreng kunyit...rasa nak buat untuk lauk bekal la...akak kecik2 suka mandi hujan..kalau kat kampung lagi best..kiri kanan pokok kan...memang segar je air hujan compare yang bandar...
Monday yang penuh agenda nya buat Naniey :)
Ammi ni bila dah kerja jarang2 pernah ada Monday blues feeling. Tpppp masa sekolah dulu jangankan Monday, everyday pun blues nak gi sekolah.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)