Assalamualaikum...
Salad Brokoli | Pagi ni semangat bangun pagi siapkan breakfast. Tapi simple breakfast je.. Teringin nak buat mi kari tapi kerajinan belum sampai. Banyak benda tak settle lagi. Antara breakfast paling mudah dan yang aku suka buat salad brokoli...[KHASIAT BROKOLI]
Breakfast of the day, Brocolli Salad and Spinach Smoothies. Untuk salad brokoli tu aku letak brokoli, capsicum, tomato ceri, spicy potato wedges dan salad dressing kegemaran, kewpie roasted sesame. Untuk spinach smoothie tu of course main ingredient adalah bayam hijau, frozen pineapples dan plain yogurt. Hari ni kuat sikit bau spinach tu and rasa lagi kuat sebab spinach dua genggam. Spinach adalah salah satu SUPER FOODS. Those yang malas nak makan supplement boleh guna natural ways. Aku la tu. Hangat hangat tahi ayam. Beli supplement sehari dua je makan lepas tu kelaut. Salad ni pun kadang kadang je bila rajin dan bila feeling macam nak diet. Feeling je tau, bukan betul betul 🤪.
Semoga hari ni lebih baik dari semalam. Sakit pinggang tak hilang lagi ni duk kendong Aqeel semalam.
Kendong (atau kêndong) dalam Bahasa Melayu merujuk kepada perbuatan membungkus dan membawa sesuatu menggunakan kain, seperti kain sarung atau sapu tangan, biasanya diikat di belakang atau di depan badan untuk membawa bayi atau barangan, manakala "mengendong" adalah kata kerjanya, bermaksud membawa dengan cara tersebut, serupa dengan gendong.
P/S : Tak tahu nak masak apa lunch nanti 🙄
Tag :
resepi


2 Comment for "Salad Brokoli "
Wow very healthy!
Sedap ke spinach smoothies tu? Rasa apa ekk
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)