Assalamualaikum....
Random Weekend | Hari Ahad bermula dengan masak nasi sambil habiskan movie I know what u did last summer. Dah keluarkan ayam plan nak buat ayam goreng kunyit untuk Naura dan Aryan. Untuk Aqeel aku plan nak buat salmon buttermilk.
Sementara tunggu ayam defrost aku cuci vacuum dulu. Vaccum shimono ni mama yang bagi tiga tahun lepas. Aqeel dah start meneroka dalam rumah ni memang setiap hari kena vacuum. Tengah syok dok cuci kotoran vacuum, aku dengar Lurviey cakap dengan adiknya (adik ipar aku) ajak keluar makan kat IKEA dengan mama. Aku simpan balik ayam yang nak defrost tadi, gantung kuali !
Memang tak de plan apapun hari ni jadi why not kita follow je sebab dah lama tak jejak kaki ke IKEA cuci mata. Dah bersiap siap then terus gerak ke IKEA Cheras. Aku tak pernah dine in pun kat sini. Selalu mama yang tapau dan bagi kat kami. Biasa datang sini memang cuci mata je sambil hilangkan 'penat otak' dan jalan jalan lag MyTown.
Datang IKEA mestilah wajib order menu kebangsaan IKEA 'meatball'.
Untuk Naura dan Aryan aku order Pasta in Tomato Sause. Dorang cakap dorang nak yang ni. Rasanya aku tak pernah ajar dorang makan sos merah ni. Order satu tapi kongsi dua orang sebab portion besar. Dah cukup kenyang untuk Naura dan Aryan . Lurviey order juga set nugget & fries.
Mashed potato kosong, aku order nak bagi Aqeel rasa sikit je. Aku tak pernah intro kentang lagi untuk Aqeel. Satu suapan dah cukup meloyakan bagi Aqeel. Dia buat muka tak suka ye. Dont worry bagi ciput je. Tau ada perasa tapi ciput je. Lagipun sebelum gerak ke sini dah bagi Aqeel makan oat. Ada mushroom soup dan chicken chop juga.
Mama order cheesecake. Sedap juga cheesecake tu cuma tak cukup masam (tekak aku la).
Dah siap makan, mama dan adik ipar, biras terus gerak balik rumah dan aku sekeluarga pusing dulu jap cuci mata tengok barang kat IKEA tapi tak pusing habis pun sebab tengok jam dah dua lebih. Solat zohor pun belum lagi dan hari pun nampak mendung dan menunggu hujan turun je.
Sebelum balik singgah kat Krispy Kreme sebab anak anak nak donut pula. Beli guna voucher maxis RM6 untuk dua donut. Boleh claim beli donut yang ada tag hijau. Dah dapat donut terus gerak dan hujan turun rintik rintik.
Sebelum balik rumah, ajak Lurviey singgah We Drink Sri Gombak jap nak takeaway chocoloate sundae dan coffee latte sebelum balik rumah. Random betul hari Ahad aku minggu ni. Sebelum maghrib jap lagi nak pergi rumah mama pula.
P/S : Makan makan hari ni ditaja(belanja) oleh mama. Terima kasih ma.. Semoga murah rezeki mama, sihat selalu, panjang umur, dipermudahkan segala urusan.. Aamiin...
3 Comment for "Random Weekend "
Alhamdulilah murah rezeki orang belanja. Nampak sedap meatball
Paling best dapat gantung kuali on weekend :)
Alhamdulillah.. Murah rezeki dibelanja Mama..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)